
PUTATAN, 5 Ogos 2018- Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN Sabah mengadakan sesi taklimat membincangkan mengenai penyelarasan atlet yang dipengerusikan oleh Encik Noorman bin Ramlan, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN Sabah kepada jurulatih –jurulatih atlet Para Sukma ke Perak yang diadakan di Bilik Lok Saga 1, Kompleks Belia dan Sukan, Putatan.
Taklimat ini adalah bagi tujuan membincangkan kelancaran maklumat para atlet-atlet Orang Kurang Upaya yang bakal mewakili Negeri Sabah Sempena Kejohanan Para Sukma Perak pada bulan Oktober 2018 nanti.
Oleh:
Norhayati Tasif
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 306







