
TUARAN, 12 September 2018 - Kontijen Tuaran Athletic Club tiba di Tuaran hari ini selepas mengharungi Kejohanan Olahraga Terbuka Sibu 2018 yang telah berlangsung selama 2 hari bermula dari 8 hingga 9 September 2018 di Universiti Teknologi Sibu.
Perjumpaan bersama Pegawai Belia dan Sukan (P) Daerah Tuaran, Encik Hamzah Md. Tahir dan Pegawai KBSS Daerah Tuaran, Encik Baxter Jilan, Presiden dan Ketua Jurulatih Kelab Olahraga Tuaran Encik Victor Suan dan Puan Josephen Maria Job berkata kesemua atlit TA telah menunjukkan aksi yang cemerlang dan telah berusaha keras bagi meraih kejayaan di sepanjang kejohanan tersebut berlangsung.
Atlit TA telah membawa balik 1 pingat emas apabila mendominasi acara 4 x 100m terbuka wanita yang dibarisi oleh Sylvia Lirang Robert, Esther Joanne Ailos, Nurulariana Lee Edwin dan Nia Jovic Suan.
Dua (2) pingat perak melalui acara 100m dan 200m wanita terbuka yang diperolehi oleh Esther Joanne Ailos dan 3 pingat gangsa melalui acara 4 x 400m lelaki terbuka yang dibarisi oleh Oliver Revelino, Ian Jovic Suan, Christopher Mark dan Abdul Kholil. Ian Jovic Suan turut mencatat nama sebagai penyumbang pingat gangsa apabila mendapat kedudukan ketiga terbaik melalui acara kegemarannya 100m dan 200m lelaki bawah 14 tahun.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSP Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 313






