- JBS Sabah
- Hits: 325
HARI SUKAN NEGARA KENINGAU MERIAH

KENINGAU, 18 Oktober 2018- Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Keningau disambut meriah pada 13 Oktober 2018 yang lalu. Hampir 5,000 orang mengunjungi Hari Sukan Negara Keningau dengan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan seperti Senamrobik HSN, Fun Run & Ride HSN,Zone Fitness Challenge, Mari Mencuba Sky Runner & Birdieball .
Majlis Perasmian disempurnakan oleh Ybhg. Tuan Raymond Pudon, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.34 Liawan bagi mewakili YB. Tuan Rasinin Bin Koutis @ Kautis, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah. Turut hadir Ybhg. Tuan Celestine Jetony, Penolong Pegawai daerah, Pejabat Daerah Keningau, Ybhg. Tuan Haji Ahmud Haji Saribin, Pengetua SMK Keningau, dan Ybrs. Encik Fedrius Jumi, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau.
Oleh:
Ryandie Angsukup
PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 325





