
KOTA KINABALU,11 Oktober 2018- Majlis penyerahan Bendera Negeri Sabah kepada kontinjen SOPMA Negeri Sabah Sempena Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) XX, Perak 2018 yang diketuai oleh Encik Soo Kok Heng, Presiden Persatuan Orang Pekak Negeri Sabah kontinjen SOPMA Negeri Sabah.
Majlis penyerahan ini disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Awang Damit Ag Anak, Setiausaha Tetap, Kementerian Belia Dan Sukan Sabah kepada Ketua Kontinjen SOPMA Negeri Sabah Encik Terrance Edward Pudin, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah pada hari ini , jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat, Kementerian Belia dan Sukan Sabah. Seramai 46 orang atlet SOPMA akan mewakili Negeri Sabah. 3 acara sukan yang akan diwakili oleh atlet SOPMA Sabah iaitu Boling, Bola Sepak dan Olahraga.
Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah terlibat dalam persediaan atlet sebelum berlepas ke Kejohanan (SOPMA XX) ke-20, Perak. Selama 3 hari atlet SOPMA akan berkampung di Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah sebelum bertolak ke Ipoh, Perak pada 14 Oktober 2018 untuk menyertai kejohanan tersebut.
Oleh:
Norhayati Tasif
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 343







