KENINGAU, 16 September 2018- Fitness Karnival Gegar Keningau telah berlangsung sepanjang pada 15 September 2018 jam 8.00 malam bertempat di Padang Bandaran Keningau, Sabah.
Aktiviti yang dijalankan adalah meliputi keseluruhan aktiviti fitness dalam bentuk tarian, Zumba dan senamrobik. Pelaksanaan aktiviti ini dijayakan oleh Gymnasium Fitness Shape-Up Keningau.
TAWAU, 16 September 2018 – Karnival Sukan Piala Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dalam acara Badminton, Bola Tampar dan Bola Jaring telah berlangsung pada 14hb hingga 16hb September 2018 yang lalu.
Karnival ini telah diadakan di Kompleks Sukan Hap Seng, Bandar Sri Indah Tawau dengan penyertaan seramai 400 orang. Karnival anjuran Majlis Perbandaran Tawau ini turut dibantu oleh Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau sebagai Jaawatankuasa Teknikal. Encik Alijus Sipil, Presiden MPT dalam Ucapan perasmiannya menyatakan bahawa karnival ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Tawau bersukan, mengeratkan perpaduan antara sesama serta mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan berkenaan.
KENINGAU, 16 September 2018- “Arm Wrestling” Karnival Gegar Keningau telah berlangsung sepanjang 2 hari berturut pada 15 - 16 September 2018 bertempat di Padang Bandaran Keningau, Sabah.
Antara kategori yang dipertandingkan adalah 65kg ke bawah, 75 kg - 80 kg dan 85 kg ke atas yang melibatkan seramai 60 orang peserta di Bahagian Pedalaman Atas ini. Anjuran program oleh Pejabat Daerah Keningau dengan kerjasama Kelab Sukan Gusti Lengan Keningau
BEAUFORT, 14 September 2018 - Bertempat di Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort satu lawatan Naziran Perjawatan telah dilakukan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang diketuai oleh Encik Ahmad Huzairi Bin Rawee, Setiausaha Bahagian, Puan Fazleen Binti Abdul Rahman, PSU (SM) 1 dan Puan Hanisah Binti Fauzi, PSUK (SM) 8.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk membuat kajian perjawatan di Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort bagi mengenalpasti justifikasi cadangan penambahan perjawatan untuk dikemukakan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
KENINGAU, 14 September 2018 – Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Keningau merupakan salah satu jabatan yang dilantik sebagai Panel Penilai dalam Pertandingan Hiasan Zon Terbaik Sempena Bulan Kemerdekaan Tahun 2018 anjuran Pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Keningau.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Keningau merupakan Jabatan yang telah mendapat Persijilan EKSA daripada pihak MAMPU dan pertandingan ini adalah salah satu aktiviti latihan susulan bagi memupuk amalan EKSA kepada semua warga kerja dalam organisasi. Aktiviti seperti ini bukan sahaja menjadi pemangkin kepada kualiti kerja, perkhidmatan dan produktiviti jabatan tetapi juga dapat mewujudkan jalinan kerjasama yang baik di antara agensi-agensi kerajaan.
TAWAU, 14 September 2018 – Satu Majlis kecil-kecilan telah diadakan pada 14 September 2018 bertempat di Tingkat 1, Bilik Mesyuarat Wisma Persekutuan Tawau yang dihadiri oleh Jawatankuasa Bangunan Wisma Persekutuan Tawau.
Majlis ini adalah sempena perpisahan dan kenaikan pangkat Encik Faisal Long, Pegawai KEMAS Daerah Tawau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bangunan Wisma Persekutuan Tawau. Beliau yang dengan rasminya akan berangkat ke Putrajaya pada 19hb September ini akan digantikan oleh Encik Amir Shah B. Noor Ahmad, Penolong Pegawai Pasukan Petugas Khas Persekutuan merangkap Pengerusi yang baru.
Ketua-ketua Jabatan yang hadir bersama turut mengucapkan tahniah kepada Encik Faisal Long dan mereka juga mengungkapkan terima kasih atas sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di daerah ini dimana beliau juga merupakan penceramah agama yang disegani di daerah ini.
KENINGAU, 13 SEPTEMBER 2018- Pengerusi Kelab Belia Inspirasi Keningau dalam kunjungan ke Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau bagi membincangkan daya kreatif dalam memperkasakan Program Remaja Perdana Rakan Muda Keningau.
Kelab Belia Inspirasi Keningau yang juga Badan Operasi Program Remaja Perdana Rakan Muda di Keningau antara fokus perbincangan pelaksanaan komponen penjelajahan lasak bagi menarik minat golongan muda selaku peserta dapat meneruskan komponen yang lain. Selain itu dapat merancang bagi program yang akan dilaksanakan oleh Kelab Belia Inspirasi Keningau.
Dalam perbincangan tersebut oleh Ybhg. Encik Mohd Sofian Bin Samad, Pembantu Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Keningau dan Encik Iranmal Bin Kasan, Pengerusi Kelab Belia Inspirasi Keningau mendapat kata sepakat akan mengadakan aktiviti pada bulan Oktober ini.
SANDAKAN, 12 September 2018 –Pejabat Belia dan Sukan (P) bahagian Sandakan telah melakukan kunjungan hormat ke Kementerian Belia dan Sukan (N) Bahagian Sandakan pada 7 September 2018 (Jumaat). Sesi kunjungan tersebut telah dilakukan oleh Encik Idi Ladinda selaku Penolong Pegawai Belia dan Sukan Kepada Encik Roland, Pegawai Kementerian Belia dan Sukan (N) Bahagian Sandakan.
Tujuan Kunjungan tersebut adalah untuk beramah mesra bersama Pegawai baharu KBSS disamping memperkukuhkan jalinan hubungan baik antara PBSP dengan KBSS.
TAWAU, 12 Ogos 2018 – Suatu lawatan rasmi Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sabah, Encik R. Effendi Bin Razali telah diadakan pada 7 Ogos 2018 di Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau.
Lawatan ini turut disertai oleh Encik Noorman Bin Ramlan (Penolong Pengarah) dan Puan Nurhayati Binti Salleh (Pegawai Khas). Lawatan ini dilakukan adalah bertujuan meninjau keadaan semasa Pejabat Belia dan Sukan (P) bahagian Tawau di samping mengetahui perkembangan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan. Malah, Pengarah Belia dan Sukan juga dapat berinteraksi secara dekat bersama dengan pegawai dan para kakitangan Pejabat Belia dan Sukan (P) bahagian Tawau. Kedua-dua pihak mengharapkan agar kunjungan sebegini dapat dilakukan dengan lebih kerap untuk kepentingan dan pembangunan bersama.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262