- JBS Sabah
- Hits: 284
SERAMAI 22 PELATIH MENYERTAI PROGRAM INTERGASI (ARENA) PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT ZON SABAH, SARAWAK DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN


PUTATAN , 25 Oktober 2018 – Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (Kementerian Pembanguanan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) telah menganjurkan Program Intergrasi (ARENA) Perintah Khidmat Masyarakat Zon Sabah Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula pada 23 hingga 25 Oktober 2018 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
Program ini dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat dari segi keperibadian kearah perubahan sahsiah diri yang positif hasil daripada program yang digemblengkan dan ianya juga dapat mengorientasikan mereka untuk menyedari peranan dan kefungsian diri sebagai ahli masyarakat bagi menyumbang bakti saling menyokong dan menjana sinergi baru kearah kesejahteraan sosial. Selain itu ianya juga bertujuan untuk mengintergasikan Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat bersama masyarakat untuk meningkat daya saing dan kebolehpasaran kearah menjana pendapatan, membina peluang kerjaya dan hidup berdikari dalam masyarakat.
Bahagian Pembangunan Sukan, dibawah unit Pembanguan Sukan Rekreasi telah membantu dalam pelaksanaan aktiviti mendaki tembok tiruan yang diketuai oleh Encik Faizam bin Ibrahim, Pegawai Pembangunan Sukan Rekreasi. Seramai 22 orang peserta dan 10 orang pengiring berpeluang menyertai mendaki tembok tiruan tersebut yang merupakan aktiviti untuk menguji ketahanan mental dan fizikal seseorang. Para peserta telah diberikan taklimat dan tunjuk ajar untuk menggunakan peralatan bagi tujuan aktiviti tersebut.
Oleh :
Norhayati Tasif
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 284











