.jpg)
TUARAN, 23 Oktober 2019 - Majlis Perhimpunan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Tuaran 1411H/2019M telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua Pimpinan Bersatu Sabah merangkap ADUN N10 Sulaman di Dewan Seri Sulaman, Tuaran hari ini.
YB DSP Hajiji turut menyampaikan beberapa anugerah pelbagai kategori Ma'al Hijrah termasuk anugerah Tokoh Ma'al Hijrah 1441H/2019 Peringkat Daerah Tuaran. En Romzi Bin Darus telah dianugerahkan Tokoh Ma'al Hijrah Khas Peringkat Daerah Tuaran.
Turut hadir dalam majlis tersebut, Encik Mohd. Sofian Alfian Nair, Pegawai Daerah Tuaran, DSP Hamizi Abdul Halim, Ketua Polis Daerah Tuaran, En Awang Hj Mohd Yusuf, Penolong Pegawai Daerah Tuaran, Encik Abdullah Sukimin, Ketua Daerah, En Mohammad Razi Ahsin, Wakil UPPM Sulaman dan ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan daerah Tuaran. Encik Hamzah Md. Tahir hadir mewakili Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 514

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)