TAWAU, 30 Oktober 2019 – Blok B Kategori Lelaki dan Blok H kategori Wanita masing-masing muncul juara pertandingan Bola Tampar sempena Sukan Belia PPR Peringkat Negeri Sabah 2019 bertempat di PPR Taman Sri Apas, Tawau.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau dengan kerjasama Kelab Rukun Tetangga PPR Taman Sri Apas ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj Nizam Bin DSP Abu Bakar Titingan, ADUN N.56 Apas pada 27 Oktober 2019 yang lalu.
Program tersebut adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan orang ramai dalam aktiviti sukan sekaligus dapat mengurangkan pertelingkahan atau pergeseran antara komuniti setempat disamping meningkatkan kesihatan komuniti seterusnya mewujudkan perpaduan kaum yang harmoni dalam negara.
Datuk Nizam bersama-sama dengan Encik Syivero Patrick, Pegawai Belia Dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau dan Encik Abdul Rahim Bin Dullah, Pengerusi Krt Taman Sri Apas turut mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan para peserta pertandingan pada hari tersebut.
TAWAU, 30 Oktober 2019 – Sukan E-Sport antara sukan yang dipertandingkan sempena Sukan Belia PPR Peringkat Negeri Sabah 2019 yang bertempat di PPR Taman Sri Apas, Tawau pada 27 Oktober 2019 yang lalu.
Mohd Sofihizar Usrah@neo, Ketua Penyelaras Pertandingan E-Sport berkata, penyertaan amat menggalakkan daripada belia PPR Taman ini. Ruang penonton juga sentiasa penuh samaada mereka seronok menonton ataupun untuk memberi sokongan kepada pemain.
Antara sukan E-Sport yang dipertandingkan pada hari tersebut ialah Mobile Legend, PS4 Tekken 7, PS4 FIFA20 dan Beyblade. Pertandingan tersebut adalah anjuran Tawau Gamers Community dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau. Para pemenang pertandingan setiap aktiviti telah mendapati Hadiah Wang Tunai, Hamper dan Medal yang telah disampaikan oleh Encik Syivero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau.
Sekurang-kurangnya 800 orang telah menghadiri program tersebut yang terdiri daripada penduduk PPR Taman Sri Apas, Tawau. Selain pertandingan E-Sport, pelbagai aktiviti sukan yang lain diadakan seperti pertandingan Futsal, bola jaring, Senam Robik dan Sukan Rakyat.
KALABAKAN, 30 Oktober 2019 – Penduduk Kampung Murut Ulu Kalabakan pada 27 Oktober 2019 yang lalu, memulakan aktiviti pagi dengan menyertai ‘Kampung Walk’ sejauh dua kilometer perjalanan di sekitar kampung berkenaan. ‘Kampung Walk’ adalah salah satu aktiviti dalam Program Bulan Sukan Negara Peringkat Kampung Murut Ulu Kalabakan 2019 yang mendapat penyertaan daripada pelbagai peringkat umur.
Menurut Encik Roddy Welison, penduduk kampung berkenaan, “Kebanyakan penduduk sentiasa bergegas ke tempat kerja atau ke kebun pada sebelah pagi mengikut rutin harian masing-masing. Melalui aktiviti Kampung Walk 2KM, para penduduk berjalan santai menikmati pemandangan di sekitar kampung sambil dapat beramah mesra. Program ini sangat sesuai dan menarik kerana ianya boleh disertai oleh pelbagai peringkat umur termasuk golongan tua”.
Program Bulan Sukan Negara Peringkat Kampung Murut Ulu Kalabakan 2019 tersebut telah dihadiri oleh kira-kira empat ratus lebih peserta daripada sekitar daerah Kalabakan. Program yang julung kalinya diadakan di daerah itu telah mendapat sambutan meriah daripada penduduk yang datang seawal jam 6.00 pagi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.59 Tanjung Batu, Yang Berhormat Datuk Hajah Hamisa Samat telah merasmikan program tersebut yang berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Ulu Kalabakan, Tawau pada pagi tadi. Beliau turut mengambil kesempatan melawat acara-acara yang dijalankan pada pagi itu.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau dengan kerjasama MPKK Kampung Murut Ulu Kalabakan ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat di daerah ini untuk mengamalkan gaya hidup sihat sekali gus mengekalkan perpaduan dan keharmonian kehidupan bermasyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan agama.
Antara aktiviti yang dilaksanakan pada program itu termasuklah Senamrobik, Kampung Run 5km, Kampung Walk 2km, pemeriksaan kesihatan percuma serta gerai jualan.
Turut bersama dalam program berkenaan ialah Puan Grace Samaggang, Pengerusi MPKK Kg Murut Ulu Kalabakan, Encik Syivero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau serta ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.
TUARAN, 27 Oktober 2019 - Pasukan Pilihan KPD yang dipimpin oleh Ketua Polis Daerah Tuaran mendominasi pentas akhir apabila menewaskan pasukan Gabungan JSJN/ Balai Tamparuli dalam Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Tertutup sempena Bulan Sukan Negara 2019 Peringkat IPD Tuaran di Padang Balai Polis Tamparuli hari ini.
Menariknya diakhir kejohanan tersebut juga telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan Peringkat IPD Tuaran bagi semua kejohanan yang telah dipertandingkan sepanjang Bulan Sukan Negara iaitu Kejohanan Bola Tampar, Kejohanan Sepak Takraw, Bola Sepak dan larian merentas desa.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Tuaran, YDH DSP Mohd. Hamizi Bin Halim.
Hasrat Ketua Polis Daerah Tuaran untuk membudayakan sukan dalam kalangan warga IPD Tuaran akan dilaksanakan secara berterusan menggunakan konsep yang lebih kontemporari bagi menjamin agenda ‘Sukan untuk Semua’ kekal relevan.
"Kejohanan Bola Sepak ini bukan sahaja sekadar sebuah sukan dan aktiviti kecergasan malah menjadi suatu platform dalam melahirkan atlet yang mempunyai tanggungjawab, dinamik, cemerlang dan berintegriti." jelas beliau.
Turut hadir dimajlis perasmian penutupan, Pegawai Belia dan Sukan (P) Daerah Tuaran, Encik Hamzah Md. Tahir.
BEAUFORT, 26 Oktober 2019 – Persatuan Sukan Kecergasan Daerah Beaufort telah menganjurkan Fitness Dance Party bertempat di Dewan SMK Beaufort III sebagai penutup tirai sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Bahagian Beaufort yang melibatkan seramai 250 orang peserta.
Dalam aktiviti ini Persatuan Sukan Kecergasan Daerah Beaufort telah dapat membawa seramai 6 orang jurulatih kecergasan yang diketuai oleh Michelle Koh dan melakukan pergerakan kecergasan selama 3 jam tanpa henti.
Turut hadir ialah Cik Nyuk Yin Tseu, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Beaufort, En. Yassin Omar, Pegawai Belia dan Sukan KBSS Pedalaman Bawah dan En. Mazlan Joehari @ Manan, Pengerusi Tetap Majlis Belia Sabah merangkap Pegerusi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah.
BEAUFORT, 26 Oktober 2019 – Bertempat di Kompleks Sukan Beaufort telah berlansungnya Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Bahagian Beaufort 2019 yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Isnin Hj Aliasnih, ADUN N25 Klias.
Terdapat pelbagai aktiviti yang dianjurkan sempena sambutan BSN pada kali ini. Antaranya adalah “Fun Run” dan “Fun Ride” yang menjadi aktiviti ikonik pada hari tersebut.
Sebelum perasmi melepaskan pesereta-peserta aktiviti ikonik, terlebih dahulu para peserta bersama-sama melakukan aktiviti senamrobik yang diselaraskan oleh Persatuan Sukan Kecergasan Daerah Beaufort.
TAMBUNAN, 26 Oktober 2019 – Aktiviti sukan aerofithon Sempena Program Bulan Sukan Negara Peringkat Pedalaman Atas @ Tambunan 2019 mendapat sambutan diluar jangkaan.
Aktiviti sukan yang julung kali diadakan di Daerah Tambunan itu aerofithon mendapat sambutan kira-kira 200 orang penyertaan. Dengan pelaksanaan “non stop 90 minutes” mendapat impak yang positif kepada individu dengan menguji ketahanan fizikal dan mental peserta.
Acara aerofithon itu merupakan aktiviti sukan yang terakhir dalam menutup tirai pelaksanaan Majlis Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Pedalaman Atas @ Tambunan 2019.
TAMBUNAN, 26 Oktober 2019 - Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Pedalaman Atas @ Tambunan 2019 telah dilaksanakan dengan meriah pada 26 Oktober 2019 di Pisompuruan Square Tambunan.
Kira-kira lebih 2,000 orang hadir menyertai Program Bulan Sukan Negara Peringkat Pedalaman Atas @ Tambunan 2019 di Pisompuruan Square Tambunan. Pelbagai aktiviti sukan yang menarik, antaranya adalah adalah Senamrobik Perdana, Fun Ride, Fun Run, Fun Family Walk, Sepak raga Bulatan, BeyBlade, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Pertandingan Bola Tampar, Mari Mencuba Birdeiball dan Aerofithon.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Rasinin Bin Koutis @ Kautis, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah. Turut hadir Ybhg. Encik Juamin Abdul Ghani, Pegawai Daerah Tambunan, Ybhg. Encik Bullah Basal, Pegawai Pembangunan Masyarakat N.32 Tambunan dan Ybrs. Encik Ryandie Angsukup, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Keningau.
TUARAN, 26 Oktober 2019 - Program 'The Healthy Escape' yang dilaksanakan hari ini di Tuaran Futsal Arena telah memeriahkan lagi sambutan Bulan Sukan Negara 2019.
Program anjuran Tuaran Youth Town Club (TYTC) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Sabah daerah Tuaran, Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) daerah Tuaran, Agensi Antidadah Kebangsaan daerah Tuaran dan ARMADA Tuaran diserikn dengan aktiviti dan pengisian program seperti Pertandingan Futsal, Pertandingan Beyblade, Gymkhana Challenge, Gerai Jualan dan acara senamrobik.
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Encik Mohd. Ghazali DSP Hajiji dalam ucapan menyeru kepada semua peserta agar bersama-sama menyemarakkan lagi sambutan Bulan Sukan Negara 2019 sepanjang Oktober ini bagi menjadikan negeri dan negara ini mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan sehingga menjadikan sukan itu sebagai satu budaya hidup.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262