TAWAU, 6 Disember 2019 – Satu lawatan pemantauan berkala kali kedua dalam bulan ini telah dilaksanakan oleh oleh Encik Syivero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau diiringi oleh Encik Zayanidi Abbas, Pembantu Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau bermula pada jam 10.00 pagi hari ini. Lawatan tersebut bertujuan untuk memeriksa dan memantau kerja-kerja pembersihan di tapak projek tersebut yang terletak di Kompleks Sukan Tawau.
TAWAU, 5 Disember 2019 - Aktiviti gotong royong 5S Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau telah diadakan pada hari ini dan aktiviti bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 5.00 petang di sekitar ruang kerja Pejabat tersebut. Aktiviti tersebut telah dihadiri oleh semua kakitangan PBSB Tawau.
Objektif program ini diadakan adalah untuk mengemaskini serta menyusun atur ruang tempat kerja setiap staf di PBSB Tawau. Selain itu aktiviti sapu, susun, sisih dan seragam turut dijalankan di dalam aktiviti tersebut.
Diharap dengan adanya aktiviti seperti ini dapat melatih serta menyemai sikap kekemasan dan teratur ditempat kerja. Amalan ini haruslah dipraktikkan oleh setiap kakitangan di Pejabat ini secara berterusan untuk membudayakan Amalan Persekitaran Berkualiti di Tempat Kerja (5S).
TUARAN, 1 Disember 2019 - Karnival Sukan 2019 yang dianjurkan oleh Kelab Sukan Kg. Penimbawan disifatkan sebagai satu medium merapatkan silaturahim dan perpaduan dikalangan penduduk Kg. Penimbawan, Tuaran.
Program yang dilaksanakan pada 23, 24 & 30 November 2019 bertempat di Gelanggang Futsal Pelbagai Guna Kg. Penimbawan menyaksikan 8 pasukan futsal dan 8 pasukan Sepak takraw telah mengambil bahagian.
Menurut Pengerusi Kelab Sukan Kg. Penimbawan Tuaran, Encik Norjaip Hj.Daip merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur menyatakan program tersebut dilaksanakan setiap tahun di kampung tersebut sebagai pengisian musim cuti sekolah sekaligus sebagai medan mengukuhkan hubungan masyarakat kampung.
Turut hadir menyaksikan karnival tersebut, Encik Hamzah Md. Tahir mewakili Pegawai Belia Dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat dan Encik Andy Suhardy Sarbini, Pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda Bahagian Pantai Barat.
TAWAU, 29 November 2019 – Program kecergasan terus mendapat sambutan yang baik dan diterima oleh para pejawat awam apabila program Senam Robik Bersama Warga Wisma Persekutuan Tawau telahpun diadakan pada petang 28 November 2019 (Khamis) yang lalu bertempat di Dataran Tempat Letak Kereta Bangunan Wisma Persekutuan Tawau disini.
Program kecergasan Senam Cergas Komuniti yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Penyelaras Bangunan Gunasama Wisma Persekutuan Tawau diadakan bagi memupuk budaya hidup sihat, cergas serta aktif dikalangan pejawat awam.
Seramai lebih kurang 50 orang warga Wisma Persekutuan Tawau telah mendapat peluang melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan serta pengamalan gaya hidup sihat serta aktif yang akan membawa kepada kebaikan dan manfaat untuk kesihatan diri sendiri selain menyemarakkan semangat perpaduan dikalangan warga wisma.
Hadir bersama di program berkenaan En. Syivero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau.
TUARAN, 29 November 2019 - "Terapkan dalam diri atlit-atlit dibawah seliaan masing-masing 'Tuaran Number One' dalam mempastikan sasaran kutipan pingat bagi kontinjen Tuaran pada tahun ini dapat dicapai.
" Antara amanat terakhir Penolong Pegawai Daerah Tuaran merangkap Ketua Kontinjen Pasukan Sukan Sabah (SAGA IX) daerah Tuaran, Encik Awang Haji Mohd. Yusof ketika mempengerusikan Majlis Perjumpaan Ketua Kontinjen bersama Pengurus-Pengurus Pasukan SAGA Tuaran bertempat di Pejabat Daerah Tuaran hari ini. Beliau turut menekankan aspek keselamatan kontinjen Tuaran sepanjang temasya berlangsung.
Bagi menyuntik semangat atlit Tuaran, beliau turut mengumumkan isentif khas kepada bakal pemenang pingat emas, perak, gangsa dan yang berjaya memecahkan rekod kejohanan (Olahraga) sepanjang temasya berlangsung bermula 7-15 Disember 2019 di Keningau. Turut hadir dalam majlis berkenaan, Pegawai Belia dan Sukan (P) daerah Tuaran merangkap Setiausaha Bersama Jawatankuasa Induk Sukan SAGA Daerah Tuaran, Encik Hamzah Md. Tahir dan Pegawai KBSS Daerah Tuaran, Encik Baxter Jilan.
TUARAN, 27 November 2019 - 'Saya mahu 12 orang pengurus pasukan Tuaran dibekalkan dengan buku panduan lengkap merangkumi masa perjalanan, penginapan, venue kejohanan, nombor Perhubungan urus setia dan lain-lain maklumat sebelum bertolak ke Keningau pada 3 Disember 2019 ini untuk rujukan semua pengurus pasukan'.
Ingatan tegas Penolong Pegawai Daerah Tuaran merangkap Ketua Kontinjen Pasukan Sukan Sabah (SAGA IX) daerah Tuaran, Encik Awang Mohd. Yusof ketika membuat perbincangan bersama Setiausaha bersama Sukan Sabah daerah Tuaran, Encik Hamzah Md. Tahir dan Encik Cassin Aguh.
Beliau mahu mempastikan kesemua persiapan atlit berjalan dengan lancar bagi mempastikan Pasukan SAGA Tuaran tahun ini mampu memberikan saingan sengit didalam Sukan terbesar Sabah dwi tahunan tersebut yang bakal berlangsung di Keningau pada 7-15 Disember 2019.
TUARAN, 26 November 2019 - Jalinan kerjasama program sepanjang tahun 2019 antara Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran dengan Pejabat Belia dan Sukan (P) daerah Tuaran diiktiraf oleh IPD Tuaran apabila Pejabat Belia dan Sukan (P) Daerah Tuaran dianugerahkan sijil penghargaan Khas sempena Majlis Perhimpunan Bulanan, Pemakaian Pangkat dan Penyampaian Surat Penghargaan hari ini.
Majlis yang disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Tuaran, YDH DSP Mohd. Hamizi Halim bertempat di Dataran Kawad IPD Tuaran turut dihadiri oleh semua Ketua-Ketua Unit IPD Tuaran.
Turut menerima anugerah sijil penghargaan, Pegawai KBSS Daerah Tuaran, Encik Baxter Jilan.
PUTATAN, 21 November 2019 - Bengkel Aspirasi Kecemerlangan Reka Bentuk Pembungkusan dan Penjenamaan Inovatif Produk 2019 di bawah Program MyYouth Best Biz Transformation menutup tirai hari ini setelah berlangsung selama 3 hari bermula pada 18 hingga 20 November 2019.
Bengkel anjuran Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dengan kerjasama SIRIM Berhad telah dihadiri seramai 52 usahawan dari seluruh bahagian negeri Sabah. Melalui bengkel seperti ini, para usahawan berpeluang menimba ilmu secara dekat berkenaan reka benluk pembungkusan produk dan tentang penjenamaan produk yang boleh diaplikasi dalam perniagaan masing-masing. Pelbagai produk usahawan turut dipamerkan di dalam bengkel ini dan para usahawan berpeluang bertukar-tukar pendapal dan ilmu dikalangan mereka dalam menambahbaik produk bagi memenuhi keperluan pasaran.
Encik Mohammad Mazlan Hj Anis. Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah mewakili Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara YBrs. Dr.Zainah binti Shariff berkesempatan bersama para usahawan di hari terakhir bengkel dan seterusnya merasmikan majlis penutupan bengkel ini.
RANAU, 21 November 2019 – Seramai 58 peserta telah menyertai Kursus Kepimpinan Eksekutif Anak Muda Peringkat Negeri Sabah yang diadakan pada 15 hingga 18 November 2019 yang lalu bertempat di Kompleks Sukan Ranau.
Kursus ini diadakan bertujuan untuk menerapkan kemahiran memimpin organisasi dalam membentuk individu belia untuk menerajui halatuju sesebuah organisasi. Disamping itu juga dapat membentuk pemimpin–pemimpin belia masa hadapan supaya lebih peka terhadap kehendak dan minat remaja dan belia hari ini. Selain itu, kursus ini juga membentuk peserta untuk menjadi pemudah cara kepada belia-belia yang memerlukan khidmat nasihat dan pandangan ke arah pembentukan diri dan sahsiah
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dan kerjasama beberapa Kelab Belia dari Daerah Ranau serta aktiviti- aktiviti yang telah ditetapkan dan terpilih di setiap kampung iaitu Kelab Belia Kg Lohan Ulu, Kampung Lohan Ulu Ranau aktiviti Khidmat Komuniti, Kelab Belia Lestari Kg Kilimu, Kampung Kilimu Ranau aktiviti Pertandingan Bola Tampar, Kelab Belia Setia Kg Libang, Kampung Libang Ranau aktiviti Permainan Motivasi, Kelab Belia Kg Kigiok, Kampung Kigiok Ranau aktiviti Merentas Desa dan Kelab Belia Kg Mininsalu, Kampung Mininsalu Ranau aktiviti Pertandingan Tarian Tradisional.
Program ini diharapkan dapat membantu para belia yang mengikuti kursus ini, mempraktikkan ilmu yang dipelajari ke arah memimpin organisasi mereka serta mencapai matlamat dan halatuju sesebuah organisasi secara berkesan.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262