.jpg)
KENINGAU, 22 Januari 2020 - 'Kemahiran menjahit juga mampu meningkatkan ekonomi dan taraf hidup belia', demikian antara ucapan YBhg Puan Dayang Mas Safiah binti Hj Awang Mahali mewakili Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) semasa merasmikan Majlis Penutupan Kursus Seni Kreatif Jahitan anjuran KBSS Daerah Keningau bertempat di Arena Belia KBSS Keningau.
Seramai 20 peserta jahitan yang mengikuti kursus ini selama 6 bulan berjaya menamatkan latihan dan bersedia untuk menggunakan kemahiran jahitan yang mereka miliki untuk digunakan bagi merebut peluang pekerjaan khusus dalam bidang seni kreatif jahitan.
Turut hadir Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau, Puan Jovanna Juanis yang juga ingin bersama menyokong bakal usahawan belia dalam seni jahitan ini kelak.
Oleh:
Erzan Abdullah
PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 551

.jpg)
.jpg)