
PUTATAN, 1 Feb 2020 – Kelab Sukan Dan Riadah Jabatan Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah telah mengadakan Mini Karnival Sukan Tradisional Kelab Suria untuk Tahun 2020 di Kompleks Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah pada 30 Januari 2020 yang lalu.
Mini Karnival ini diadakan adalah bertujuan untuk mengukuhkan perhubungan dan silaturahim antara ahli kelab di samping bersukan. Ahli kelab dipecahkan kepada 3 kumpulan iaitu, Merah, Kuning dan Biru.
Antara acara yang dipertandingkan ialah lari 3 kaki, lari dalam guni, selipar itik, tarik guni dan boling kelapa. Kumpulan Merah telah menjadi juara keseluruhan untuk mini karnival ini, kedua Kumpulan Kuning dan Kumpulan Biru di tempat yang ketiga.
Oleh:
Sukarnih Binti Sidik
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 502


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)