TAWAU, 3 November 2019 – Majlis Penutup Program Anak Muda Wawasan Lestari (AMWAL) oleh Encik Noorman Bin Ramlan, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah diadakan di Dewan Audio Taman Bukit Tawau.
Majlis tersebut bermula pada jam 12 tengah hari hari ini dan dihadiri oleh seramai 50 orang yang terdiri daripada peserta, urusetia, guru-guru pengiring, jemputan serta agensi terlibat dalam program AMWAL.
Majlis ini juga turut mengadakan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan ‘Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan’, penyampaian sijil kepada peserta serta sijil penghargaan kepada agensi yang terlibat membantu dalam pelaksanaan program berkenaan.
Selain itu, Ucapan daripada wakil peserta turut diadakan semasa majlis penutup. Encik Syivero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau turut hadir semasa Majlis Penutupan tersebut.
Oleh:
Florence Kasamin
PBSB Tawau

- JBS Sabah
- Hits: 335

.jpg)