.jpg)
TAWAU, 16 Oktober 2019 – Belia harapan Negara, belia hari ini mencerminkan masa hadapan negara. Oleh itu, adalah amat penting mempersiapkan belia negara dengan kesedaran yang tinggi terhadap matlamat hidup dan tanggungjawab diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
Bagi mencapai objektif tersebut, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah merangka satu program khas untuk belia berisiko yang dinamakan Program Anak Muda Wawasan Lestari (AMWAL). Di peringkat Bahagian Tawau, program AMWAL akan dilaksanakan oleh Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau pada awal bulan November.
Bagi penyelarasan program berkenaan beberapa agensi telah dijemput ke Mesyuarat Penyelarasan Program AMWAL bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau pada pagi hari ini. Agensi terlibat telah mendengar taklimat program daripada Encik Ali Bin Sari, Pegawai Penyelaras Program AMWAL dan kesemuanya setuju memberikan kerjasama di dalam program berkenaan kerana ianya adalah program yang amat baik untuk belia.
Antara agensi yang hadir ialah Polis Diraja Malaysia Tawau, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Tawau, Pejabat Pendidikan Tawau serta Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional.
Oleh:
Florence Kasamin
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 317

.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)