.jpg)
TUARAN, 1 Februari 2020 - Satu sesi taklimat berkaitan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKB) kepada Kelab Belia Pekan Berungis, Tuaran (KBPB) telah diadakan bertempat di kediaman rasmi Pengerusi KBPB, Tuaran hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Hamzah Md. Tahir antara lain menerangkan pelaporan yang wajib dihantar oleh pertubuhan belia yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang mana perkara tersebut terkandung didalam Akta 668, (Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007) di bawah seksyen 22 dalam tempoh 60 hari selepas mengadakan mesyuarat agung.
Encik Hamzah turut menerangkan sekiranya tiada mesyuarat agung tahunan diadakan, ia perlu dihantar pada berakhirnya setiap tahun kalendar untuk mengukur tahap keaktifan sesebuah persatuan.
Kelab Belia Pekan Berungis, Tuaran diketuai oleh Pengerusinya, Encik Amoster Alex Henry Inter hadir bersama barisan jawatankuasa tertinggi kelab bagi mendengar taklimat tersebut.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 385





.jpg)
.jpg)
.jpg)