KENINGAU, 3 Mac 2021 – Satu lawatan tapak cadangan pembinaan gelanggang bola tampar Kg Delayan Lama, Tulid telah diadakan oleh YBhg. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dengan diiringi Encik Mohammad Mazlan Hj. Anis, Timbalan Pengarah JBS(P) Sabah dan Encik Yummaren Basri, Pegawai Pembangunan JBS(P) Sabah.
Pemohon bagi gelanggang ini adalah Encik K Junit Sundawat selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Delayan Lama.
Lawatan ini turut dihadiri oleh Puan Jovanna Juanis, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau bersama rombongan PBSB Keningau.
Erzan Abdullah
PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 442
