- JBS Sabah
- Hits: 396
LAWATAN TAPAK PERMOHONAN PROJEK NAIK TARAF DAN BINA BAHARU FASILITI SUKAN DAERAH RANAU

RANAU, 29 April 2021 - Satu lawatan tapak projek naik taraf dan bina baharu fasiliti sukan di daerah Ranau telah dijalankan hari ini.
Projek naik taraf fasiliti yang dipohon oleh Ketua Kampung Lohan 1, Mahat @ Jaudin Harun melibatkan gelanggang bola tampar dan sepak takraw serta permohonan naik taraf gelanggang bola tampar dan sepak takraw Kg. Keranaan oleh Pengurusan JPKK Kg. Keranaan, Raipin Bin Aking.
Sementara itu, lawatan tapak turut dilakukan ke atas permohonan cadangan bina baharu gelanggang bola tampar di Kg. Randagong Baru yang dipohon oleh JPKK Kg. Randagon, Musiatimah Musin.
Sesi lawatan tersebut diketuai oleh wakil Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Hamzah Md. Tahir
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 396





