TENOM, 2 Jun 2021 – ‘Terima kasih Kementerian Belia dan Sukan Malaysia’, demikian ucapan penghargaan dan terima kasih para sukarelawan bukan kesihatan Malaysia Vaccine Support Volunteer (MyVac) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Antanom, Tenom kerana diberi peluang untuk menabur bakti membantu barisan hadapan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Daerah Tenom.
Seramai lima orang Sukarelawan MyVac telah dilantik untuk bertugas di PPV Dewan Sri Antanom, Tenom yang mula beroperasi pada 2 Jun 2021. Kehadiran mereka banyak membantu pengurusan proses vaksinasi dengan lebih efisien.
Puan Jovanna Juanis, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau berharap mereka dapat kekalkan momentum kerja kerana mereka kini termasuk dalam barisan hadapan KBS dalam membantu mengekang penularan wabak Covid-19
Oleh:
Erzan Abdullah
PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 647







