
RANAU, 8 Mei 2021 - Kelab Anak Muda Pekan Ranau (KAMPAR) dengan kerjasama RNCC, PRR, dan KABALAN telah mengadakan satu projek edaran pek makanan berbuka kepada anak yatim, asnaf, dan pelajar tahfiz pada 7-8 Mei 2021 disekitar daerah Ranau.
Melalui program tersebut, lebih 200 pek makanan berbuka telah diedarkan. Dalam satu kenyataan ringkas oleh Pengerusi KAMPAR, Mohd. Fixli Jamirin berkata, program tersebut bertujuan menarik minat belia dalam aktiviti sukarelawan serta mengeratkan lagi silaturrahim diantara semua.
"Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyumbangkan wang ringgit, tenaga dan masa sehingga membuatkan program ini berjaya dijalankan. Tanpa sumbangan anda semua, program sebegini tidak akan berjalan dengan jaya". Jelas Fixli.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat mengucapkan syabas dan tahniah kepada KAMPAR dan semua NGO terlibat. Semoga program sebegini dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 313







