- JBS Sabah
- Hits: 841
PBSB PANTAI BARAT DAN KHAIZ EMPIRE BAKAL BERGANDING LAKSANAKAN PROGRAM Y-CAREER BAHAGIAN PANTAI BARAT TAHUN 2021
- JBS Sabah
- Hits: 841
KENINGAU, 9 Jun 2021 – Atas keperluan penugasan sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Keningau, satu kerjasama dijalin antara Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau dan Kementerian Belia dan Sukan Sabah Bahagian Keningau bagi membantu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang kini sedang berjalan.
Perbincangan yang telah diadakan di Pejabat Kesihatan Keningau telah dihadiri oleh Dr. Mohamad Norhaizam bin Ahmad (Pegawai Kesihatan Kawasan Keningau), Dr. Vinoth Viknesh a/l Muthusamy (Ketua PPV Keningau), Puan Jovanna Juanis (Pegawai PBSB Keningau) dan En. Madlee Mason (Pegawai KBSS Keningau). Antara lain intipati perbincangan adalah pihak KBSS Keningau akan membekalkan sukarelawan tanpa melalui sistem MyVac memandangkan keperluan Sukarelawan MyVac adalah terhad mengikut kategori PPV.
Diharapkan agar usaha sama ini dapat membantu melancarkan dan meningkatkan lagi proses pemberian vaksin khususnya di Daerah Keningau.
Oleh:
Erzan Abdullah
PBSB Keningau

TUARAN, 9 Jun 2021 - Mesyuarat Jawatankuasa berkala CITF Daerah Tuaran telah diadakan secara atas talian hari ini.
Mesyuarat yang berlangsung melalui aplikasi Zoom Meeting tersebut dipengerusikan oleh Encik Sadan Hj. Hussain, Pegawai Daerah Tuaran.
Antara agenda dibincangkan adalah memfokuskan kepada perbincangan dan maklumbalas daripada laporan Pejabat Kesihatan Daerah Tuaran berkaitan program pemvaksinan di Tuaran.
Dalam mesyuarat tersebut, wakil Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Hamzah Md. Tahir memaklumkan kepada ahli-ahli mesyuarat bahawa seramai 5 orang sukarelawan MyVAC akan ditambah menjadikan 12 orang keseluruhan bertugas bermula 14 Jun 2021 di PPV Tuaran, Dewan Seri Sulaman memandangkan peningkatan harian jumlah penerima vaksin berdaftar di PPV tersebut.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
KENINGAU, 8 Jun 2021 – Satu Mesyuarat Pasukan Tugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Daerah Keningau telah diadakan melalui pautan aplikasi Zoom yang dipengerusikan oleh YBhg. En Walter Kenson, Pegawai Daerah Keningau.
Mesyuarat pada kali ini lebih menyentuh isu-isu yang dihadapi oleh Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Keningau sepanjang berlangsungnya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Daerah Keningau. Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh Dr. Vinoth Viknesh a/l Muthusamy selaku Ketua PPV Keningau ialah kekurangan sukarelawan, keperluan aset seperti laptop, mesin pencetak dan penyelenggaraan dewan. Pegawai Daerah Keningau juga memohon agar pemberian vaksin ini dipercepat dan diperluas bagi memudahkan Daerah Keningau mencapai sasaran 80% herd community yang sudah divaksin.
PBSB Keningau diwakili oleh En. Erzan Abdullah selaku Penyelaras Sukarelawan MyVac Bahagian Keningau turut memaklumkan agar pihak CITF Daerah memohon penambahan Sukarelawan MyVac kepada CITF Negeri agar pihak PBSB Keningau dapat menyediakan sukarelawan dengan lebih cepat mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Oleh:
Erzan Abdullah
PBSB Keningau
KENINGAU, 6 Jun 2021 – Menyedari kesusahan yang dialami oleh rakyat Palestin, Persatuan Belia Inspirasi Keningau (SENI) telah mengadakan kerjasama bersama pihak Aman Palestin dengan mengadakan kutipan amal daripada warga Keningau.
Program yang dijalankan sejak bulan Mei 2021 lagi mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat sekeliling. Antara usaha pendekatan yang dibuat ialah seperti berjualan sambil menyumbang, berkolaborasi bersama masjid dan surau dan menempatkan tabung bantuan di beberapa kawasan seperti UTC Keningau, Bataras Mall, Keningau Mall dan premis-premis milik belia.
Pihak Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau menghargai usaha ini kerana ia menunjukkan keprihatihan masyarakat kita bukan sahaja bantuan kepada warga tempatan tetapi turut merasai kesusahan yang dialami oleh warga Palestin.
Oleh:
Erzan Abdullah
PBSB Keningau
Kemaskini Terakhir: 02-07-2026, 17:52:02