KOTA KINABALU, 27 Oktober 2021 - Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah (KBSS) mengadakan Mesyuarat Perasmian Penutupan Hari Belia Negeri Sabah Bil. 2/2021 di bilik Mesyuarat Utama KBSS. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik William Ahlan, Timbalan Setiausaha Tetap 1 KBSS.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan tentang pelaksanaan dan penyelarasan persiapan Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sabah 2021 yang akan di laksanakan pada 06 November 2021 di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu Sabah. Majlis akan disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji bin Hj. Noor, Ketua Menteri Sabah.
Turut hadir Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Puan Noorziean bt. Mohd. Tairudin, Majlis Belia Sabah dan wakil-wakil daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Bahagian Istiadat dan Protokol Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Penyiaran Malaysia, Jabatan Cetak Negeri Sabah, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah serta pihak SICC.
Oleh:
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 398








