- JBS Perlis
- Hits: 760
SUKERALAWAN MYVAC PERLIS TERIMA LAWATAN DARI MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI DI PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) PERLIS BUKAN KESIHATAN

Kangar, 27 April 2021 – Sukarelawan MYVAC Perlis di bawah seliaan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis hari ini telah menerima lawatan daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy bin Jamaludin. Beliau juga merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsan. Turut bersama pada hari ini adalah YAB Menteri Besar Perlis, Azlan bin Man.
Pada hari ini, Ketua Unit Rakan Muda telah menerima suntikan pertama dos vaksin. Turut hadir bersama Encik Mohad Hanaffi bin A. Rahman, Penolong Pengarah Sukan dan Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid, Penolong Pengarah Belia menyantuni lawatan YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Semoga para sukarelawan dapat terus bertugas dengan penuh komited membantu para barisan hadapan dan diharapkan program imunisasi ini dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
DISEDIAKAN OLEH: PUAN NURUL AIN BINTI TRALAH (UNIT PEMBANGUNAN RAKAN MUDA)
DISUNTING OLEH: PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 760








