- JBS Perlis
- Hits: 621
LAWATAN KERJA YBHG. DATO’ DR. HJH. WASITAH HJ. MOHD YUSOF, KETUA PENGARAH, JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA KE ARENA FUTSAL JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERLIS

Kangar, 28 Ogos 2021 – Ybhg. Dato’ Dr. Hjh. Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pengarah, Jabatan Belia Dan Sukan Negara telah mengadakan lawatan kerja ke Arena Futsal Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis hari ini.
Lawatan ini diadakan bagi memantau fasiliti Arena Futsal ini untuk cadangan penambahbaikan. Lawatan pemantauan ini turut disertai Puan Azura Binti Sarbin, Timbalan Ketua Pengarah (Rakan Muda), Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Norhazita binti Kamaludin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Penolong Pengarah Sukan dan Puan Isma Baizura binti Ismail selaku Pengurus Kompleks. Semoga lawatan ini dapat memberikan cetusan idea bagi menaiktaraf fasiliti ini dengan lebih baik untuk kegunaan masyarakat terutama para belia.
DISEDIAKAN OLEH: PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 621








