
Kangar, 20 September 2021 - Mesyuarat Pegawai Belia dan Sukan Bilangan 1 tahun 2021 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2,Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis yang melibatkan Pegawai Skim S. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Puan Norhazita binti Kamaludin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Mesyuarat ini diadakan bagi perbincangan pelaporan program yang dirancang dan telah dibuat oleh setiap bahagian iaitu Sukan, Belia, Rakan Muda dan KOMBES. Mesyuarat ini turut membincangkan aktiviti-aktiviti dan senarai tugasan bagi program Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Perlis yang akan diadakan pada 9 Oktober 2021 serentak di seluruh negeri. Puan Pengarah turut membentangkan mengenai Spesifikasi Video bagi Penilaian Anugerah Hibicus JBSN 2021 mengikut program yang telah ditetapkan untuk diselaraskan bagi setiap bahagian. Semoga program yang dirancang ini berjalan lancar dan dipermudahkan.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 417








