- JBS Perlis
- Hits: 1345
PUAN PENGARAH ADAKAN PERJUMPAAN BERSAMA KETUA PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) DEWAN 2020 KANGAR HARI INI

Kangar, 18 Mei 2021 – Puan Norhazita binti Kamaludin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis hari ini telah mengadakan perjumpaan bersama Ketua Pusat Pemberian Vaksin Dewan 2020 Kangar, Doktor Abdullah bin Mohd Kamal Rudzaman bersama para sukarelawan MYVAC Perlis seramai 18 orang hari ini. Turut hadir adalah Ketua Penyelaras MYVAC, Encik Kamarunzaman bin Abd Hamid yang merupakan Ketua Unit Rakan Muda di jabatan ini.
Perjumpaan ini diadakan adalah untuk mengetahui dan mengambil maklum perkembangan, keperluan dan permasalah terkini para sukarelawan terlibat. Puan Pengarah mengharapkan sukarelawan yang terpilih ini dapat memberikan komitmen sepenuh hati bagi melancarkan lagi proses pemberian vaksin ini. Puan pengarah juga berpesan supaya menjaga tingkah laku dan menjaga nama baik semasa menjalankan tugas ini. Lindungi diri, lindungi semua.
DISEDIAKAN OLEH: PUAN NURUL AIN BINTI TRALAH (UNIT PEMBANGUNAN RAKAN MUDA)
DISUNTING OLEH: PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 1345







