- JBS Perlis
- Hits: 842
PENGARAH DAN KAKITANGAN JBSNPs HADIRI KURSUS KESEDARAN KESELAMATAN KEBAKARAN DENGAN JAYANYA

Kangar, 13 Ogos 2020 - Pengarah dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah hadir dengan jayanya Kursus Kesedaran Keselamatan Kebakaran yang diadakan di jabatan dua hari lalu. Kursus ini telah dikendalikan oleh Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis.
Antara modul pembelajaran kursus ini adalah Terminologi Kebakaran disampaikan oleh PPgB Md Azlan bin Jamaludin, Alat Pemadam Api (Fire Extinguisher) disampaikan oleh PPgB Mohd Fareez Emir bin Mohd Noor dan Pengungsian Bangunan disampaikan oleh PKPgB Muhammad Syukri bin Madzuki. Para peserta kursus turut didedahkan dengan latihan amali iaitu cara memadamkan api menggunakan alat pemadam api dan tindakan ketika kecemasan kebakaran secara praktikal.
Semoga dengan adanya kursus ini para pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis mendapat kesedaran tentang keselamatan kebakaran dan menyediakan alat pemadam api di dalam rumah dan kereta dan digunakan jika terdapat perkara yang tidak diingini berlaku.
Pihak Jabatan merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis di atas kesudian untuk mengadakan kursus ini.
DISEDIAKAN OLEH
PENTADBIR PORTAL JBSN PERLIS
- JBS Perlis
- Hits: 842









Kangar, 24 Julai 2020 - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan Majlis Kiraan Turun Semula 365 Hari Kejohanan Woodball Piala Dunia Ke-9 2021 yang diadakan pada hari Rabu yang lalu bertempat di Dataran Dato' Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis.
Baginda bertitah agar semua agensi dan jawatankuasa kerja bekerjasama dalam menjayakan penganjuran Kejohanan Woodball Piala Dunia ke-9 2021 yang berprestij ini.
Baginda turut berterima kasih atas komitmen semua agensi kerajaan yang sama-sama menggembleng tenaga untuk mempersiapkan dan melengkapkan fasiliti sukan Woodball di negeri Perlis ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Puan Norhazita binti Kamaludin, Penolong Pengarah Sukan, Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman dan Penolong Pengarah Belia, Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid.
Semoga negeri Perlis terus maju dan sejahtera dengan penganjuran sukan Woodball yang menjadi "benchmark" negeri ini.