- JBS Perlis
- Hits: 659
PROGRAM “THE BIGGEST LOSER” JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERLIS 2020/2021 TELAH SAMPAI KE PENGHUJUNGNYA

Kangar, 5 Mac 2021 – Program “The Biggest Loser” Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah sampai ke penghujungnya apabila telah diadakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang dalam Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mac pada hari ini. Program ini telah diselia oleh Biro Sukan Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis yang diketuai oleh Encik Hanaffi bin A. Rahman, Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Jika dilihat perkembangan program ini yang bermula pada 2 November 2020 yang lalu, ia telah menarik minat para peserta yang terdiri daripada kakitangan jabatan sendiri dalam usaha masing-masing untuk menurunkan berat badan secara sihat. Program ini dimulakan dengan sesi timbangan berat badan, BMI, saringan kesihatan (berat (kg), tinggi (cm), peratus lemak, saiz pinggang(cm), tekanan darah dan glukosa darah (mmol) serta ujian kecergasan (sit and reach, partical up, 1 minute push up dan 3 minute step) pada 28 Oktober 2020 sebagai langkah pertama untuk memberi semangat kepada para peserta menurunkan berat badan secara ideal. Sesi ini telah diadakan sebanyak empat kali sepanjang program ini berlangsung bertempat di Wellness Hub, UTC, Perlis dan timbangan terakhir pada 2 Mac 2021.
Sepanjang empat bulan program ini berlangsung pelbagai aktiviti telah diatur oleh Bahagian Sukan antaranya ceramah kesihatan, tabata, circuit training, dan cardio training dalam usaha untuk membantu para peserta sentiasa dalam track yang betul untuk menguruskan berat badan.
Johan bagi Program “The Biggest Loser” Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah disandang oleh Puan Shaharani binti Abd Rahman dengan penurunan sebanyak 8.5kg, Berada di tempat kedua adalah Encik Rozi bin Ariffin dengan penurunan sebanyak 8.4 kg dan tempat ketiga menjadi milik Puan Norafzan binti Mamat sebanyak 5.7 kg, diikuti tempat keempat oleh Puan Hasliza binti Morad sebanyak 3.9 kg dan tempat kelima adalah Encik Norman bin Ahmad sebanyak 3.8 kg. Setiap pemenang membawa pulang hadiah wang tunai beserta sebuah trofi di mana tempat pertama mendapat RM150, tempat kedua RM100, tempat ketiga RM80 dan tempat keempat dan kelima masing-masing mendapat RM50. Tahniah diucapakn kepada semua pemenang. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnkan oleh Puan Norhazita binti Kamaludin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Dalam temubual bersama Johan program ini beliau memanjatkan rasa syukur Alhamdulillah di atas kemenangan dan kejayaan yang tidak disangka-sangka ini. Sangat susah saya nak mengekalkan momentum ini dengan tekanan yang dirasai dan pelbagai usaha perlu dilakukan dan bagi saya bukan sahaja untuk menurunkan berat badan semata-mata tetapi usaha ini adalah untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan mengekalkan produktiviti dalam bekerja serta memiliki berat badan ideal. Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Puan Norhazita binti Kamaludin menyatakan hasrat untuk meneruskan program ini untuk Siri Kedua dan sama-sama kita nantikan.
DISEDIAKAN OLEH: PUAN SURINA BINTI RAMLI (UNIT KECERGASAN, BAHAGIAN SUKAN)
DISUNTING OLEH: PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 659












