Kangar, 13 Mac 2020 - Kejohanan Akuatik Majlis Sukan-sukan Sekolah Negeri Perlis telah diadakan dengan jayanya pada 29 Februari 2020 yang lalu bertempat di Kompleks Renang, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis melibatkan para pelajar sekolah negeri Perlis.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Puan Norhazita binti Kamaludin berbesar hati menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Semoga terus mencapai kejayaan pada kejohanan akan datang.
Kangar, 13 Mac 2020 - Raja Perlis DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid telah mencemar duli dan berkenan berangkat untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Pesta Angin Timur Perlis Kali ke-8 tahun 2020 pada 29 Februari 2020 yang lalu bertempat di Jalan Lintasan Tengah, Kampung Oran, Mata Ayer, Perlis. Turut sama berangkat Raja Muda Perlis DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan selama tiga hari ini yang bermula pada 28 Februari 2020 hingga 1 Mac 2020 telah diadakan bagi memeriahkan program ini. Antaranya Senam Seni, Fit Dance and Aerodance Aerobic, Jom Santai Karaoke, Pertandingan Pukul Bantal, Pameran dan Jualan Usahawan, Pertandingan Wau Tradisional, Persembahan Malam Irama Kerohanian, Kids Warrior Challenge, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Badang Bendang dan macam-macam lagi.
Pesta Angin Timur merupakan cerminan kehidupan dan budaya rakyat Perlis, di samping membantu menjana ekonomi rakyat tempatan, juga memberi peluang kepada generasi muda menghayati semula sebahagian aktiviti yang semakin dilupakan selain menjadi produk pelancongan.
Program ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Perlis dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia yang dikelolakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Puan Norhazita binti Kamaludin telah hadir ke majlis perasmian ini.
Kangar, 13 Mac 2020 - Acara Larian Angin Timur sempena Pesta Angin Timur bagi tahun 2020 telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Februari 2020 yang lalu bertempat di Lintasan Jalan Tengah, Kampung Oran, Mata Ayer, Perlis. Program ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Malaysia Events and Printing (MEP) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis.
Aktiviti larian ini melibatkan hampir 500 lebih peserta dimulakan dengan senamrobik dan pelepasan disempurnakan oleh YB Puan Siti Berenee Binti Yahaya, ADUN Mata Ayer, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis, Encik Megat Adnan bin Megat Ridzuan bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Puan Norhazita binti Kamaludin.
Turut diadakan Pertandingan Pakaian Kostum Terbaik Larian Angin Timur yang bertemakan "Kampung People" dan juga hadiah cabutan bertuah . Sesi penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Puan Norhazita binti Kamaludin, pihak HPA Malaysia dan CEO Malaysia Events and Printing (MEP), Encik Ku Hasrin bin Ku Abdul Rahman.
Pihak jabatan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MEP yang merupakan rakan kongsi penganjuran acara larian ini terutama dari segi pendaftaran, teknikal dan logistik. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak HPA Malaysia kerana sudi menaja minuman KOPI RADIX dan hadiah cabutan bertuah menambahkan lagi keceriaan acara larian ini.
Kangar, 13 Mac 2020 - Majlis Perasmian Pesta buku dan Karnival Pembaca Perlis 2020 telah diadakan dengan jayanya pada 28 Februari 2020 yang lalu bertempat di Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Ibni Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail, Raja Muda Perlis.
Tuanku juga berkenan mengadakan lawatan Diraja ke pameran dan seterusnya merasmikan pesta buku ini. Turut diadakan pengurniaan hadiah kepada peminjam terbanyak kategori kanak-kanak, belia dan dewasa.
Encik Kamarunzaman bin Abd Hamid, Ketua Unit Rakan Muda mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah hadir ke majlis perasmian ini.
Kangar, 6 Mac 2020 - Satu lawatan trek laluan Larian Angin Timur telah diadakan pada 28 Januari 2020 yang lalu bertempat di Jalan Lintasan Tengah, Kampung Oran, Mata Ayer, Perlis. Lawatan ini diadakan adalah untuk mengenalpasti laluan yang akan dilalui oleh para peserta larian sejauh 5KM. Lawatan ini turut disertai Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Puan Norhazita binti Kamaludin. Untuk makluman, larian ini diadakan pada 29 Februari 2020 sempena Pesta Angin Timur 2020 yang diadakan selama 3 hari.DISEDIAKAN OLEHPENTADBIR PORTAL JBSN PERLIS
Kangar, 5 Mac 2020 - Satu perlawanan persahabatan bola sepak antara Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan Pejabat Mueng Daerah Satun telah diadakan dengan jayanya pada 27 Februari 2020 yang lalu bertempat di Stadium N0. 2, Puyu Sub-district, Mueang Satun District, Satun Province.
Program ini diadakan adalah untuk membina hubungan antara dua sempadan selain merapatkan ukhwah antara dua negara melalui acara bola sepak dengan tema " people to people connectivity".
Program ini turut disertai Encik Mohd HanaffI BIN A. Rahman, Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Turut hadir Encik Zahari bin Bakar, Mantan ADUN Simpang Empat.
Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
Kangar, 5 Mac 2020 - Empat kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah hadir dengan jayanya Kursus Perakaunan Terimaan/Hasil Kerajaan Zon Utara Tahun 2020. Kursus ini telah diadakan pada 25 hingga 27 Julai 2020 yang lalu bertempat di IPG Kampus Perlis, Jalan Behor Pulai, 01000 Kangar Perlis.
Empat orang pegawai tersebut adalah Encik Amiruddin bin Zolkepli, Puan Rafidah binti Husain, Encik Mohd Shamir Shamsi bin Md. Lazim dan Puan Muzlaina dari I-Lead.
Semoga mendapat input dan info bermanfaat untuk diterjemahkan dalam kerja seharian.
Kangar, 27 Februari 2020 - Pengarah dan kakitangan wanita Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah menyertai program Lawatan Eksplorasi Gua Kelam semalam. Program ini adalah anjuran Biro Sukan dan Lawatan Puspanita Cawangan Negeri Perlis.
Antara tempat yang dilawati adalah Street Arts 2.0 Kangar, Gua Kelam dan makan tengah hari di Padang Besar, Perlis. Para peserta diberi taklimat mengenai sejarah Gua Kelam oleh Pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Perlis iaitu Encik Zairizal bin Zainal Abidin. Para peserta turut diberi peluang menjelajah Gua Kelam, menikmati keunikan Muzium 3D dan melakukan aktiviti flying fox. Program ini turut disertai oleh ahli Puspanita Cawangan Negeri Perlis daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perlis dan Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama AJK Biro Sukan dan Lawatan Puspanita Negeri Perlis atas usaha dalam merancang seterusnya menjayakankannya. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan pertambahan ahli Puspanita Cawangan Negeri Perlis.
Kangar, 27 Februari 2020 - Empat orang kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis iaitu, Encik Alzrie Helery Tisin, Encik Adzib bin Ariff, Encik Asmadi bin Ali dan Encik Muhd Nurhushamin bin Shahidan telah menghadiri dengan jayanya program Kitakan Keluarga 1.0: "Suami vs Isteri" semalam.
Program ini diadakan di Bilik Mesyuarat (A), Tingkat P Bangunan Persekutuan Kangar anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Perlis.