
Kangar, 23 Oktober 2020 – Kakitangan wanita Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah menghadiri Program Derma Darah anjuran Puspanita Negeri Perlis yang diadakan pada 17 Ogos 2020 bertempat di Kompleks DUN, Kangar, Perlis.
Antara aktiviti lain yang diadakan adalah senamrobik, jualan, taklimat oleh Kesihatan, JPJ, PTPTN dan LPPKN dan juga pameran agensi. Program yang julung kali diadakan ini bakal menjadi acara tahunan bagi Puspanita Negeri Perlis.
Taklimat oleh Kesihatan Perlis memaklumkan derma darah amat diperlukan terutama di Negeri Perlis ini. Seorang penderma boleh membantu tiga orang pesakit antaranya denggi, pembedahan, mangsa lecur, dan ibu bersalin yang kehilangan banyak darah. Beliau juga memaklumkan penderma darah perlu sihat, berumur 18-60 tahun, makan minum dan tidur secuckupnya sebelum menderma darah, berat badan perlu 45 kg dan ke atas dan maksium empat kali setahun untuk menderma.
Majlis perasmian dirasmikan oleh Timbalan SUK.
DISEDIAKAN OLEH: PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 600


Kangar, 17 September 2020 - Klinik Pembangunan Sukan Teqball Peringkat Negeri Perlis telah diadakan dengan jayanya pada 15-16 Ogos 2020 yang lalu bertempat di Arena Futsal, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Perlis. Program ini melibatkan seramai 44 orang peserta daripada golongan belia sekitar Perlis.
Klinik Pembangunan Sukan Teqball merupakan salah satu sukan baru yang diperkenalkan di Malaysia dan sedang pesat berkembang di dunia.Sukan teqball merupakan satu sukan yang berasaskan bola sepak yang unit tetapi menggunakan peralatan ringkas.
Objektif klinik adalah memperkenalkan Sukan Teqball kepada masyarakat tanpa mengira umur dan jantina dan menarik lebih ramai penyertaan terutamanya golongan belia serta memperkembangkan sukan teqball ke seluruh Malaysia dan diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
Klinik ini telah dikendalikan oleh Persatuan Teqball Malaysia.
Antara pengisian program adalah Slot Nutrisi Pemakanan dan Diet Atlet yang disampaikan oleh Dr Ahmad Fikri Bin Kassim Ketua Program Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Uitm Kampus Arau.
Majlis Perasmian Penutupan dirasmikan oleh YB Tuan Hamizan Bin Hassan, P. J. K., P. J. B., Exco Belia dan Sukan Negeri Perlis bersama Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Encik Mohd Hanaffi Bin A. Rahman dan Mr Siva Kumar Jakarathan President Malaysia Teqball Association dan Encik Adam wakil Kementerian belia dan Sukan Malaysia.
DISEDIAKAN OLEH: PUAN NURUL AIN BINTI TRALAH
DISUNTING OLEH: PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
Kangar, 14 Ogos 2020 - Tahniah diucapkan kepada pemenang Pertandingan Khat@RakanMuda Peringkat Negeri Perlis 2020 kerana berjaya menghasilkan karya khat yang menarik dan mempunyai bakat yang istimewa dalam bidang tulisan khat disamping secara tidak langsung dapat menarik golongan yang berminat dan mempunyai bakat untuk menyertai pertandingan khat di masa akan datang. Tahniah diucapkan.
Johan : Muhammad Lutfil hadi bin Khairul Azhar
Naib Johan : Khairul Amin Bin Nor Zaidi
Ketiga : Muhammad Asyraf bin Bustomi
Untuk makluman, pertandingan ini telah diadakan selama lima hari bermula 5 Ogos sehingga 10 Ogos 2020 dan dijalankan secara online.Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN NURUL AIN BINTI TRALAH
DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI



