Kangar, 3 Disember 2019 - Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis yang diketuai oleh Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid selaku Pengerusi telah mengadakan lawatan di rumah kakitangan yang sedang ditimpa kesakitan. Ahli Jawatankuasa Kebajikan berbesar hati menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban kepada kakitangan yang dalam kesusahan. Lawatan ini diadakan pada 27 Disember 2019 yang lalu di dua buah rumah kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis iaitu Encik Zulkernien Wahab dan Encik Asmadi Ismail. Semoga usaha murni ini dapat memberi kekuatan kepada kakitangan yang sedang diuji kehidupannya.
Kangar, 27 November 2019 - Satu majlis penyerahan sijil Perakuan Pendaftaran bagi Youth Power Club (YPC) Perlis telah diadakan semalam bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 1, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Puan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis berbesar hati menyampaikan sijil tersebut kepada Pengerusi Youth Power Club daripada Parlimen Kangar, Arau dan Padang Besar. Dalam majlis ini, beliau turut menyampaikan amanat kepada setiap pertubuhan kelab yang telah mendapat sijil ini dan membaca kembali perlembagaan pertubuhan belia supaya pertubuhan ini akan terus aktif sejajar dengan perlembagaan yang telah diwartakan. Semoga dengan pertubuhan kelab ini para belia dapat memberi kerjasama yang baik kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis ataupun pihak lain dalam mengadakan pelbagai program supaya dapat dilihat produktiviti belia dalam memberi sumbangan kepada semua pihak.
Kangar, 27 November 2019 - Kursus Kecemerlangan Kerja dan Pemantapan Diri Kakitangan telah diadakan dengan jayanya pada 22 hingga 24 November 2019 yang lalu bertempat di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREATE) JKR, Alor Gajah, Melaka. Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis yang dihadiri Pengarah dan semua kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Kursus ini diadakan adalah untuk menerapkan pengetahuan tentang fungsi jabatan serta tatacara pentadbiran secara jelas kepada semua peringkat kakitangan. Selain itu, semua kakitangan didedahkan mengenai proses sebenar setiap unit melalui kaedah pembentangan dan LDK setiap unit. Kursus ini juga dapat menerapkan jati diri sebagai seorang kakitangan awam yang memahami tanggungjawab sebenar tentang fungsi mereka kepada masyarakat awam.
Semoga dengan kursus ini dapat mengukuhkan lagi jaringan ukhwah sesama kakitangan di dalam jabatan seterusnya menjamin kelancaran sesuatu tugasan tanpa mengira unit. Turut diadakan ceramah mengenai pengurusan tekanan atau stress dan "management game" kepada semua kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. Semoga kita berjumpa lagi.
PERTANDINGAN SUKAN DALAMAN PUSPANITA PERLIS BERLANGSUNG MERIAH
Kangar, 26 November 2019 – Pertandingan Sukan Dalaman Puspanita Perlis berlangsung meriah pada 20 November 2019 yang lalu bertempat Di Y – Centre, UTC Perlis. Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah sukan Batu Seremban, Karom, Dam Aji, Congkak dan Dart. Hampir kira-kira 100 orang peserta terdiri daripada Ahli Puspanita Perlis daripada pelbagai agensi kerajaan telah menyertai pertandingan sukan ini. Program ini adalah anjuran Puspanita Cawangan Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Jabatan Perpaduan Negeri Perlis dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Perlis.
Berikut merupakan senarai pemenang bagi sukan yang dipertandingkan untuk kategori perseorangan, beregu dan berkumpulan:
BIL.
ACARA
TEMPAT
NAMA PEMENANG
JABATAN/AGENSI
1.
DART PERSEORANGAN
PERTAMA
HASMAH HASAN
JPJ
KEDUA
HARISHON SULAIMAN
APM PERLIS
KETIGA
NORANALIZA
PERPUSTAKAAN AWAM PERLIS
DART BEREGU
PERTAMA
NORKHAMIDNATY ZARINA
KEDUA
ZAMILA
NORSHIDA
KETIGA
ADIRA
UMMI
2.
DAM AJI PERSEORANGAN
PERTAMA
NORHAFIZAH BT ABDULLAH
PERPUSTAKAAN AWAM PERLIS
KEDUA
NORSA’ADAH BT ISMAIL
PUSPANITA
KETIGA
MUNIE BT ISMAIL
KEMAS PERLIS
DAM AJI REGU
PERTAMA
WAN NOURIEDAH BT MEGAT GHAZALI
JAZILAWATI BT JAAFAR
JBS PERLIS
KEDUA
NOR MAIZATUL AKMAL BT MOHD ZUBIR
ROSMIZA NIK GUMUDIN
KEMAS PERLIS
KETIGA
NURUL HUDA HUSNA HAKIM
ZAMSHILLA MURNI ZAINAL
PERPADUAN PERLIS
3.
BATU SEREMBAN PERSEORANGAN
PERTAMA
SITI NURFIDA BINTI MAT SALLEH
KEDUA
HASLINA BT ABDUL KADIR
KETIGA
NAZIMAH BT SAAD
BATU SEREMBAN KUMPULAN
PERTAMA
LPP
KEDUA
PERPUSTAKAAN AWAM PERLIS
KETIGA
KEMAS
4.
CONGKAK PERSEORANGAN
PERTAMA
MELOR BT RAMLI
PERPUSTAKAAN AWAM PERLIS
KEDUA
MUNIRAH BT BASAH
VETERINAR
KETIGA
ROSNIZAWATI BT MOHAMAD
JPN
CONGKAK REGU
PERTAMA
SHARIFAH BT OMAN
AMINAH BT ALI
HASIMAH BT OSMAN
KEMAS
KEDUA
ROSLINA BT MD BEHIR
WAN HALIZH BT WAN YA
NAZIMAH
PUSPANITA
KETIGA
SARIYANTI BT MATHIN
SUHAIDA BT OTHMAN
MANISAH BT HASSAN
PERPADUAN
5.
KAROM PERSEORANGAN
PERTAMA
NORIZA NOOR
JKR
KEDUA
MAZNAH SALEH
PERPADUAN
KETIGA
AZIZAH ABDULLAH
PERTANIAN
KAROM REGU
PERTAMA
NOORAZLINA ABD LATIF
WAN NORUL NADIA WAN ABDULLAH
LPP
KEDUA
RAFIDAH HUSSAIN
NORAFZAN MAMAA=T
JBS PERLIS
KETIGA
NOR FATIN SYAKILA BARIZAN
ARNY HAFIZZAH AHMAD SAIDIN
P PANPS
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Puan Roszita Binti Imamuddin, Pengerusi Puspanita Negeri Perlis diiringi Puan Norhazita Binti Kamaludin, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis merangkap Jawatankuasa Biro Sukan dan Lawatan Puspanita Cawangan Perlis. Turut hadir Puan Norshafawati Binti Mohd Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Perlis merangkap Jawatankuasa Biro Sukan dan Lawatan Puspanita Cawangan Negeri Perlis dan Encik Ishamuddin Bin Shafiee, Penolong Pengurus UTC Negeri Perlis. Para pemenang membawa pulang berupa hadiah wang tunai.Turut diadakan cabutan bertuah bagi memeriahkan lagi program ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Kangar, 26 November 2019 - Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirjajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid serta DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah bercemar duli dan berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Perkhidmatan Awam "Kasih Terpahat Menjunjung Daulat" sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-76 DYMM Tuanku Raja Perlis pada 18 November 2019 yang lalu bertempat di Dewan 2020, Kangar, Perlis.
Pengarah dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis seramai lapan orang turut hadir memeriahkan majlis ini sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam. Turut diadakan persembahan pentas daripada pelbagai agensi dan ketua-ketua jabatan bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Kangar, 26 November 2019 - Kejohanan Badminton Peringkat Antarabangsa iaitu Celcom Axiata Malaysia International Challenge 2019 telah berlangsung dengan jayanya selama enam hari bermula pada 12 hingga 17 November 2019 yang lalu bertempat di Dewan 2020, Kangar, Perlis. Perlis sebagai tuan rumah amat berbesar hati dengan penganjuran edisi kali ini.
Puan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis turut hadir pada aksi akhir kejohanan ini dan turut memeriahkan lagi kejohanan ini.
Kangar, 19 November 2019 - Program Jalinan Mesra bersama Pelanggan dan Hari Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Neger Perlis berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti menarik pada 16 November 2019 yang lalu bertempat di Dataran Dato' Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis.
Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah Senamrobik, Pameran Agensi, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Ceramah SPRM, Autoshow, Pertandingan Beyblade, Taklimat keselamatan dan Pencegaha Kebakaran dan juga persembahan pentas.
Pengaraj Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Puan Norhazita binti Kamaludin turut hadir ke Majlis Perasmian Penutup bagi program ini.
Kangar, 19 November 2019 - Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia berbesar hati mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis pada 15 November 2019 yang lalu. Antara isu yang diutarakan adalah mengenai Persatuan Sukan di mana ia perlu diperdengar permasalahan dan mengambil tindakan untuk penambahbaikan. Melalui perjumpaan ini juga dapat mewujudkan jalinan dan jaringan yang baik dalam usaha untuk memantapkan industri sukan terutama persatuan sukan untuk lebih aktif dan lengkap.
Kangar, 19 November 2019 - Dua kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah menghadiri Kursus Pensijilan Pertolongan Cemas, CPR & AED Pekerjaan Asas dengan jayanya pada 11 hingga 13 November 2019 yang lalu bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan dan Air, Desaru, Johor Bahru.
Antara intipati program ini adalah Bantuan Asas Hidup, Automated External Defibrillator (AED), Foreign Body Airway Obstruction, (Tercekik), Renjatan, Pendarahan dan Luka, Terbakar dan Lencuran, Kecemasan Haba, Asas Kecederaan Sukan, Kecederaan Sendi dan Otot, dan Kecederaan Tulang Belakang dan Pemindahan Mangsa yang diajar secara teori dan praktikal secara simulasi.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menjayakan modul ini.