
Kangar, 10 Februari 2020 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis hari ini menerima dua orang pelajar praktikal dari Universiti Utara Malaysia dan Universiti Putra Malaysia. Dua pelajar praktikal tersebut adalah Mohamad Azam bin Azmin daripada Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah dalam jurusan Pengurusan Kerja Sosial dan Nor Izzati binti Husin daripada Univerisiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor dalam jurusan Pembangunan Manusia dan Pengurusan.
Mohd Azam akan berpraktikal selama enam bulan manakala Nor Izzati pula akan menjalani latihan industri ini selama tiga bulan. Pihak jabatan amat mengalu-alukan kehadiran dua orang pelajar praktikal ini dan berharap mereka berdua dapat menggunakan peluang ini sebaik mungkin dengan mengutip segala ilmu dan pengalaman agar dapat dipraktikkan pada kehidupan akan datang.
DISEDIAKAN OLEH
PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 869









