- JBS Perlis
- Hits: 924
PERLIS; KE ARAH DUNIA DIGITAL

Kangar, 5 Ogos 2020 - Satu Bengkel Pelan Digital Negeri Perlis telah diadakan pada 27 dan 28 Julai 2020 yang lalu bertempat di Putra Brasmana Hotel, Perlis. Bengkel ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan berkenaan Pelan Digitak Perlis serta melihat inisiatif digital sedia ada dan baharu di Peringkat Jabatan/Agensi.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah diwakili oleh Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Penolong Pengarah Sukan untuk menghadiri bengkel ini. Beliau membentangkan berkenaan cadangan mewujudkan E-Sports Digital Hub bagi memberi galakan kepada para belia untuk menambah pengetahuan berkaitan dunia digital sekaligus dapat meningkatkan taraf ekonomi serta dijadikan satu platform untuk menceburi bidang E-Sports ke peringkat yang lebih tinggi dengan kerjasama dan sokongan Kerajaan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan serta Persatuan E-Sports Negeri dan pihak pelabur.
Semoga cadangan ini dapat dilaksanakan dengan modal yang minima dan penggunaan fasiliti sedia ada.
DISEDIAKAN OLEH
PENTADBIR PORTAL JBSN PERLIS
- JBS Perlis
- Hits: 924






Kangar, 24 Julai 2020 - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan Majlis Kiraan Turun Semula 365 Hari Kejohanan Woodball Piala Dunia Ke-9 2021 yang diadakan pada hari Rabu yang lalu bertempat di Dataran Dato' Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis.
Baginda bertitah agar semua agensi dan jawatankuasa kerja bekerjasama dalam menjayakan penganjuran Kejohanan Woodball Piala Dunia ke-9 2021 yang berprestij ini.
Baginda turut berterima kasih atas komitmen semua agensi kerajaan yang sama-sama menggembleng tenaga untuk mempersiapkan dan melengkapkan fasiliti sukan Woodball di negeri Perlis ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Puan Norhazita binti Kamaludin, Penolong Pengarah Sukan, Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman dan Penolong Pengarah Belia, Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid.
Semoga negeri Perlis terus maju dan sejahtera dengan penganjuran sukan Woodball yang menjadi "benchmark" negeri ini.
Kangar, 15 Julai 2020 - Pihak Fishing Sport telah hadir ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis semalam bagi membincangkan mengenai SOP Sukan dan Rekreasi untuk Pertandingan Memancing yang akan dianjurkan oleh pihak mereka. Pihak mereka juga telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Perikanan Negeri Perlis bagi membuka semula kolam memancing namun perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Encik Mohd Hanaffi bin A.Rahman, Penolong Pengarah Sukan telah menerangkan mengenai SOP Sukan dan Rekreasi bagi Fasa 3 untuk mengadakan Pertandingan Memancing di mana pertandingan ini hendaklah diadakan tanpa kehadiran penyokong/penonton/kumpulan sorak dan sebagainya. Untuk makluman, Pertandingan ini akan diadakan pada 18 Julai 2020 bertempat di Kolam Pancing AJ Fishing Sport Batu Pahat, Perlis.
DISEDIAKAN OLEH
PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
Kangar, 13 Julai 2020 - Hadir pbagi pihak UniMAP adalalh IR Dr Ahmad Faizal bin Salleh, Encik Shahril bin Salim dari Pusat Kajian Kejuruteraan Sukan, Pusat Sukan dan Rekreasi. Hadi bagi pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Penolong Pengarah Sukan, Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman bersama Pegawai Pembangunan Sukan OKU, Encik Mohd Shafizan bin Bakar. Perjumpaan ini diadakan pada 9 Julai 2020 yang lalu bertempat di Aras 2, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Satu projek kajian yang menfokuskan impak prestasi atlet dikenalpasti untuk dilaksanakan dan akan melibatkan pengkaji dan pensyarah bersama-sama pelajar-pelajar Kejuruteraan UniMAP. Perbincangan diteruskan dalam memastikan matlamat ini terlaksana. Hadir sama bekas atlit badminton Para negara, Atlet Ping Pong Parasukma Negeri Perlis, Encik Rizal bin Mohd Nor. Projek ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada kedua-dua pihak dalam melahirkan serta memantapkan pembangunan Sukan OKU di Negeri Perlis ini.
DISEDIAKAN OLEH
PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI