- JBS Perlis
- Hits: 706
PARA PESERTA PAMER SEMANGAT BERPASUKAN YANG TINGGI DALAM MEREBUT PIALA PERTANDINGAN FUTSAL BAGI SUKAN DALAMAN JBSNPs

Kangar, 9 November 2020 - Sukan Dalaman bagi acara Futsal telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Oktober 2020 yang lalu bertempat di Arena Futsal, Kompleks Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis. Pertandingan Futsal ini melibatkan semua ahli pasukan masing-masing. Setiap pasukan perlu menghantar tiga lelaki dan dua wanita untuk mewakiki pasukan masing-masing.
Setiap pasukan telah mempamerkan aksi yang mantap dan semangat berpasukan yang tinggi dalam merebut piala juara bagi pertandingan ini. Juara Pertandingan Futsal disandang oleh pasukan BLUEBLACK, naib juara adalah pasukan BLACK, tempat ketiga pasukan GREY dan tempat keempat adalah pasukan RED. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Puan Norhazita binti Kamaludin.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang.
DISEDIAKAN OLEH
PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 706







