- JBS Perlis
- Hits: 586
GOTONG ROYONG PERSIAPAN LAWATAN YANG BERHORMAT SENATOR TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN KBS KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERLIS

Kangar, 15 Disember 2020 - Satu gotong royong telah diadakan semalam sempena menyambut lawatan Yang Berhormat Senator Timbalan Menteri Belia dan Sukan KBS ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis pada hujung minggu ini. Gotong-royong ini telah diadakan di Dewan Gymnasium Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Gotong - royong ini telah diketuai oleh Encik Wan Mohd Yaziz bin Wan Din. Puan Norhazita binti Kamaludin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis turut sama meluangkan masa hadir ke gotong-royong ini. Gotong-royong ini melibatkan semua kakitangan jabatan bagi menyusun aset-aset ke stor jabatan sebelum digunakan setelah selesai penyerahan fasiliti KOMBES yang hampir siap sepenuhnya proses pengubahsuaian.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD SHAMIR SHAMSI BIN MD LAZIM (BAHAGIAN KOMBES)
DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 586





