
Kangar, 1 April 2021 – 10 orang pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis hari ini telah menghadiri Kursus ePerolehan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Kursus ini adalah anjuran Kolej Komuniti Arau, Perlis.
E-perolehan merupakan sistem ePerolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui internet. ePerolehan bertindak sebagai medium alternative untuk para pembekal mendaftar/memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Aplikasi kerajaan elektronik disasarkan mampu menjimatkan kos, masa dan tenaga apabila konsep “paperless” atau bebas kertas diaplikasikan sepenuhnya.
Antara input dalam kursus ini adalah modul-modul ePerolehan, Faedah ePerolehan, Pengurusan Pembekal dan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam Sistem ePerolehan.
Semoga kursus ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta untuk diaplikasikan dalam skop pekerjaan.
DISEDIAKAN OLEH: ENCIK ROZI BIN ARIFFIN (BAHAGIAN PENTADBIRAN)
DISUNTING OLEH: PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 602








