- JBS Perlis
- Hits: 586
MESYUARAT PENYELARASAN JAWATANKUASA PROGRAM SEMPENA HARI SUKARELAWANAN BELIA MALAYSIA 2020 PERINGKAT NEGERI PERLIS

Kangar, 7 Disember 2020 – Satu Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Program sempena Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia telah 2020 Peringkat Negeri Perlis telah diadakan pada 4 Disember 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Norhazita binti Kamaludin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Encik Kamarunzaman bin Abd Hamid, Pegawai Rakan Muda telah membentangkan konsep dan perjalanan program ini. Sebanyak sembilan program telah dirancang melibatkan kerjasama daripada NGO dan Persatuan terpilih antaranya, Program Pembersihan Pantai di Masjid Terapung Kuala Perlis dengann kerjasama Trash Hero Perlis, Program Khidmat Komuniti di Dewan Kampung Titi Serong bersama YB Exco Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Tunas Warisan, Program Pembersihan di Taman Rekreasi Bukit Jernih Batu Bertangkup dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Padang Besar Perlis, Program Gotong Royong Dewan Wat Macchimaprasit Jejawi dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Padang Petani Jejawi, Program Kasih di Rumah Hembusan Kasih dengan kerjasama Persatuan Amal Titian Kasih (Tikasih) Perlis, Program Jalinan Ukhwah di Maahad Tahfiz Padang Siding Pauh bersama YB Puan Roziena, Program Sumbangan Belia Prihatin di Felda Chuping dengan kerjasama Majlis Belia Felda Malaysia Chuping Perlis, Program Sumbangan Belia Prihatin di Arau dengan kerjasama KBBT Arau dan Program Kebersihan dan Keceriaan Masjid Syed Alwi bersama Kelab Belia Mukmin Masjid Alwi.
Semoga program yang direncanakan ini akan berjalan lancar dan memberi manfaat kepada semua pihak. Hulurkan tangan, ringankan beban. Bantuan anda memberi seribu satu senyuman.
DISEDIAKAN OLEH
PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 586







