Kangar, 5 Mac 2021 – Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Sukan Dalaman 2021 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dalam Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mac 2021.
Sukan dalaman pada tahun ini adalah anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis yang melibatkan semua ahli di mana terdapat empat pasukan akan berentap dalam aksi setiap permainan kali ini. Empat pasukan tersebut adalah Pasukan Hijau diketuai oleh Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Pasukan Pink diketuai oleh Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid, Pasukan Ungu diketuai oleh Encik Kamarunzaman bin Abd Hamid dan Pasukan Oren diketuai Puan Isma Baizura binti Ismail.
Majlis penyerahan bendera telah disempurnakan oleh Puan Hazita binti Kamaludin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis kepada Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Selamat berjuang diucapkan kepada semua peserta dan berjuanglah dengan penuh semangat kesukanan.
DISEDIAKAN OLEH: PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
Kangar, 5 Mac 2021 – Program “The Biggest Loser” Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah sampai ke penghujungnya apabila telah diadakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang dalam Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mac pada hari ini. Program ini telah diselia oleh Biro Sukan Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis yang diketuai oleh Encik Hanaffi bin A. Rahman, Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Jika dilihat perkembangan program ini yang bermula pada 2 November 2020 yang lalu, ia telah menarik minat para peserta yang terdiri daripada kakitangan jabatan sendiri dalam usaha masing-masing untuk menurunkan berat badan secara sihat. Program ini dimulakan dengan sesi timbangan berat badan, BMI, saringan kesihatan (berat (kg), tinggi (cm), peratus lemak, saiz pinggang(cm), tekanan darah dan glukosa darah (mmol) serta ujian kecergasan (sit and reach, partical up, 1 minute push up dan 3 minute step) pada 28 Oktober 2020 sebagai langkah pertama untuk memberi semangat kepada para peserta menurunkan berat badan secara ideal. Sesi ini telah diadakan sebanyak empat kali sepanjang program ini berlangsung bertempat di Wellness Hub, UTC, Perlis dan timbangan terakhir pada 2 Mac 2021.
Sepanjang empat bulan program ini berlangsung pelbagai aktiviti telah diatur oleh Bahagian Sukan antaranya ceramah kesihatan, tabata, circuit training, dan cardio training dalam usaha untuk membantu para peserta sentiasa dalam track yang betul untuk menguruskan berat badan.
Johan bagi Program “The Biggest Loser” Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah disandang oleh Puan Shaharani binti Abd Rahman dengan penurunan sebanyak 8.5kg, Berada di tempat kedua adalah Encik Rozi bin Ariffin dengan penurunan sebanyak 8.4 kg dan tempat ketiga menjadi milik Puan Norafzan binti Mamat sebanyak 5.7 kg, diikuti tempat keempat oleh Puan Hasliza binti Morad sebanyak 3.9 kg dan tempat kelima adalah Encik Norman bin Ahmad sebanyak 3.8 kg. Setiap pemenang membawa pulang hadiah wang tunai beserta sebuah trofi di mana tempat pertama mendapat RM150, tempat kedua RM100, tempat ketiga RM80 dan tempat keempat dan kelima masing-masing mendapat RM50. Tahniah diucapakn kepada semua pemenang. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnkan oleh Puan Norhazita binti Kamaludin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Dalam temubual bersama Johan program ini beliau memanjatkan rasa syukur Alhamdulillah di atas kemenangan dan kejayaan yang tidak disangka-sangka ini. Sangat susah saya nak mengekalkan momentum ini dengan tekanan yang dirasai dan pelbagai usaha perlu dilakukan dan bagi saya bukan sahaja untuk menurunkan berat badan semata-mata tetapi usaha ini adalah untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan mengekalkan produktiviti dalam bekerja serta memiliki berat badan ideal. Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Puan Norhazita binti Kamaludin menyatakan hasrat untuk meneruskan program ini untuk Siri Kedua dan sama-sama kita nantikan.
DISEDIAKAN OLEH: PUAN SURINA BINTI RAMLI (UNIT KECERGASAN, BAHAGIAN SUKAN)
DISUNTING OLEH: PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
Kangar, 5 Mac 2021 - Perhimpunan Bulanan telah diadakan pada pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis yang diselia oleh Bahagian Belia. Perhimpunan bulanan kali ini merangkumi bulan Disember 2020, Januari, Februari dan Mac 2021 diadakan bagi mengeratkan silaturrahim dan penambahbaikan di dalam organisasi jabatan, penghargaan kepada kakitangan yang mendapat augerah pekerja cemerlang bulanan, dan meraikan staf yang menyambut ulang tahun kelahiran.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Perlis dan Perkhidmatan Awam. Majlis diteruskan dengan bacaan doa dialunkan oleh Encik Norman bin Ahmad. Puan Pengarah seterusnya memberikan amanat pada pengucapannya. Beliau menegaskan mengenai integriti semasa bekerja. Beliau juga berharap semua pegawai dan kakitangan jabatan ini agar dapat bekerja dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab demi kebaikan semua.
Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan. Bagi bulan Disember 2020 telah disandang oleh Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid (Belia), dan Puan Jazilawati binti Jaafar (Pentadbiran), bagi bulan Januari 2021 dianugerahkan kepada Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman (Sukan) dan Encik Kamarunzaman bin Abd Hamid (Rakan Muda) manakala bagi bulan Februari 2021 pula diterima olh Encik Norman bin Ahmad (Belia) dan Puan Roshida binti Sabu (Pentadbiran). Sijil Penghargaan dan plaque telah disampaikan oleh Puan Norhazita binti Kamaludin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Syabas dan tahniah diucapkan. Semoga terus komited dalam tugas yang diamanahkan.
Perhimpunanan bulan ini juga meraikan ulang tahun kelahiran bagi Bulan Disember 2020 iaitu Puan Isma Baizura binti Ismail, Encik Aziz bin Salleh dan Encik Mohd Nurhushamin bin Shahidan, bagi bulan Januari 2021 adalah Puan Nor Atikah bint Januari, En Mohd Faiz Fahmi bin Abu Bakar dan Encik Ruzaimy bin Abdul Rahim manakala bagi bulan Februari 2021 pula adalah Puan Roshida binti Sabu. Selamat hari lahir diucapkan, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu.
Perhimpunan bulanan pada kali ini turut diserikan dengan Mallis Penyampaian Pemenang bagi Program “The Biggest Looser” dan Majlis Pelancaran Penyerahan Bendera Kontijen Sukan Dalaman 2021.
DISEDIAKAN OLEH: ENCIK ROZI BIN ARIFFIN (BAHAGIAN PENTADBIRAN)
DISUNTING OLEH: PUAN WAN NOURIEDAH BINT MEGAT GHAZALI
Kangar, 4 Mac 2021. Unit Belia Tani cawangan Pembangunan Ekonomi Bahagian Pembangunan Belia (urusetia) telah mengadakan lawatan tapak di Gelanggang Petanque Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Para pegawai daripada Unit Belia Tani Cawangan Pembangunan Ekonomi Bahagian Pembangunan Belia, para pegawai daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan pegawai daripada Jabatan Pertanian Negeri Perlis.
Program ini menyasarkan belia/pertubuhan belia/ kakitangan KOMBES/KRM untuk menjalankan aktiviti pertanian bandar menggunakan kawasan tanah/ruang kosong di Kompleks Belia dan Sukan(KOMBES) dan Kompleks Rakan Muda (KRM). Program ini bertujuan memberi pendedahan dan latihan kepada peserta tentang konsep pertanian bandar dan agromakanan.
DISEDIAKAN OLEH: NORMAN BIN AHMAD (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH: PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
KANGAR 1 Mac 2021 - Jabatan Belia dan Sukan negeri Perlis telah mengadakan Program Fit Malaysia @ Home Workout 2021. Program ini merupakan inisiatif untuk menggalakkan penggiat aktiviti kecergasan serta masyarakat untuk terus kekal aktif dalam melaksanakan aktiviti sukan. Akibat kekangan pergerakan yang dihadapi akibat pandemik Covid-19, maka pihak Jbsn Perlis telah melaksanakan aktiviti senamrobik secara ‘virtual’ dan telah dimuat naik melalui laman sosial youtube/facebook oficial Jabatan Belia dan Sukan negeri Perlis ianya juga dapat membantu serta menggalakkan peserta untuk mendapat bimbingan daripada instruktor yang bertauliah iaitu dengan kekal cergas dan aktif di rumah masing-masing.
Melalui maklumbalas daripada peserta, program ini amat baik untuk diteruskan dalam tempoh kekangan pergerakan ini agar aktiviti kecergasan dapat terus menjadi amalan dalam kalangan masyarakat.
DISEDIAKAN OLEH: PUAN SURINA BINTI RAMLI (UNIT KECERGASAN, BAHAGIAN SUKAN)
DISUNTING OLEH: PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
Kangar, 16 Februari 2021- Satu pertemuan telah diatur oleh bahagian ini bagi membincangkan berkaitan pelaksanaan program virtual bersama salah satu kelab sukan di negeri Perlis pada 10 Februari 2021 yang lalu bertempat di Aras 2, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
Program ini dirancang bagi memastikan peranan Jabatan sentiasa releven dalam situasi negara yang sedang menghadapi pandemik Covid-19 di samping menggalakkan pembudayaan sukan dalam kalangan masyarakat agar kekal aktif dimana sahaja mereka berada.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN SURINA BINTI RAMLI (BAHAGIAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
Kangar, 16 Februari 2021 - Satu Perbincangan Program Skim Perantisan Nasional (SPN) antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan Perkeso Negeri Perlis telah diadakan pada 1 Februari 2021 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Perkeso Negeri Perlis.
Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Encik Muhamad Hanif bin Zakaria Pegawai Perkeso Perlis. Taklimat Skim Perantisan Nasional (SPN) disampaikan oleh Penolong Pengarah Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis , Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid yang turut hadir bersama Pegawai Pembangunan Sosial Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis Puan Wan Nouriedah binti Megat Ghazali. Turut hadir Encik Muhammad Nazri Bin Ibni Hajar, Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan dan Encik Fahami bin Isa, Pegawai Talent Perkeso Perlis.
Taklimat kali ini membincangkan pelaksanaan program SPN di Negeri Perlis untuk mendapatkan kerjasama dan maklumbalas daripada Perkeso Perlis bagi memastikan kelancaran program ini. Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Perkeso Negeri Perlis atas kerjasama baik yang diberikan.
Kangar, 22 Januari 2021 – Majlis bacaan Yaasin telah diadaka semalam di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis bagi memohon agar dijauhi segala bala bencana terutama wabak COVID19 yang terus melanda negara kita terutama di negeri Perlis ini.
Majlis ini dihadiri para pegawai dan kakitangan yang diketuai oleh Encik Mohd Shamir Shamsi bin Md. Lazim.
Mudah-mudahan dengan usaha yang kecil ini termakbul para doa kita semua dan menjadi asbab wabak ini diangkat dari negeri Perlis dan Malaysia amnya.
DISEDIAKAN OLEH: ENCIK ROZI BIN ARIFFIN (BAHAGIAN PENTADBIRAN)
DISUNTING OLEH: PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
Kangar, 22 Januari 2021 – Taklimat Sekretariat Taskfroce Prosedur (SOP) Sektor Sukan Dan Rekreasi telah diadakan pada Rabu lalu melibatkan semua pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis bertempat di Bilik Mesyuarat Utama jabatan ini.
Tujuan taklimat ini diadakan untuk memberi makluman kepada semua pegawai dan kakitangan bagi memantau serta menyelesaikan isu-isu berkaitan SOP Sukan dan Rekreasi di peringkat Daerah/Kawasan/Bahagian dan Negeri, memberi kebenaran atau tidak membenarkan penganjuran aktiviti sukan / rekreasi di peringkat Daerah/Kawasan/Bahagian dan Negeri, memantau pematuhan SOP Sukan dan Rekreasi dalam perlaksanaan program / aktiviti sukan dan rekreasi, memberi khidmat nasihat kepada Kerajaan atau Negeri atau pihak berkuasa tempatan berkaitan SOP sukan dan Rekreasi..
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis turut hadir ke sesi taklimat ini.
DISEDIAKAN OLEH: PUAN SURINA RAMLI (BAHAGIAN SUKAN)
DISUNTING OLEH: PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI