
Kangar, 28 April 2021 - Majlis Berbuka Puasa pegawai dan kakitangan bersama keluarga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah diadakan pada hari ini bertempat di Nyiru Klasik, Kuala Perlis, Perlis. Majlis ini adalah anjuran Biro Kebajikan, Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Turut diadakan majlis penyampaian sumbangan kepada ahli kelab yang ditimpa musibah kepada Puan Norafzan binti Mamat, Puan Noratikah binti Johari dan Encik Ruzaimy bin Abdul Rahim. Sumbangan ini adalah daripada pegawai dan kakitangan jabatan yang disampaikan oleh Puan Norhazita binti Kamaludin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis merangkap Penasihat Kelab Sukan dan Kebajikan JBSNPs. Semoga aktiviti sebegini dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan antara ahli kelab.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
- JBS Perlis
- Hits: 633








