Kangar, 28 Januari 2022 - Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Penolong Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah hadir ke Pejabat Majlis Belia Negeri Perlis untuk sembang santai bersama Kepimpinan Majlis Belia Negeri Perlis yang diketuai Encik Izan Asmawi bin Habidan, Yang Dipertua MBNPs. Sesi sembang santai ini diadakan bagi membincangkan mengenai perancangan program belia bagi tahun 2022 yang boleh dilaksanakan. Encik Hanaffi berharap aktviti sembang santai ini boleh diadakan dua minggu sekali bagi merealisasikan perancangan yang diutarakan. Semoga perjumpaan sebegini dapat mengeratkan lagu ukhwah antara jabatan dan persatuan belia. DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 402
