Kangar, 13 April 2022 - Telah diadakan Mesyuarat Khas Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JBSNPs. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Kamarunzaman bin Abd Hamid, Pengerusi KSKJBSNPs, turut hadir bersama Penasihat KSKJBSNPS iaitu Encik Mohd Nizam bin Mat Daud.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincang dan menetapkan tarikh aktiviti kelab antaranya Program Kacau Bubur Lambuk di Bulan Ramadhan, pemberian sumbangan kepada kakitangan yang dijangkiti Covid-19, Jamuan Raya KSKJBSNPS dan Kursus Pengurusan Jenazah.
Semoga program direncanakan dapat dilaksanakan dengan baik.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 286
