Kangar, 13 April 2022 - Mesyuarat Pengurusan Bil. 2 Tahun 2021 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah JBSNPs, Encik Mohd Nizam bin Mat Daud
Mesyuarat ini diadakan bagi pembentangan Minit Mesyuarat yang lalu, Pembentangan Program Bahagian Belia, Sukan dan Rakan Muda, Pembentangan dari Bahagian Pentadbiran dan KOMBES oleh Ketua Bahagian masing-masing.
Dalam ucaptama Tuan Pengerusi yang kali pertama menpengerusikan mesyuarat ini setelah melapor diri di Jabatan ini pada Bulan lalu, beliau menekankan aspek gangguan seksual di tempat kerja, kehadiran ke pejabat, pemakaian ketika di pejabat, integriti dan pengurusan kewangan, keaktifan persatuan belia, sukan dan Kelab Rakan Muda akan menjadi KPI kepada pegawai setiap bahagian terlibat dan laporan tahunan Jabatan.
DISEDIAKAN OLEH :PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 278
