
22 Julai 2022 - Sukan FootGolf iaitu gabungan bola sepak dan golf menjadikan aktiviti yang menyeronokkan, selain boleh disertai oleh pelbagai peringkat usia.
JBSN Perlis menjadi lokasi pertama di Zon Utara yang menganjurkan klinik sukan footgolf dengan melibatkan penyertaan dari pelbagai agensi berpeluang mengalami dan menguji 9 lubang footgolf di padang golf yang diadakan di UNIMAP.
Footgolf adalah sukan yang berkembang sejak sedekad lalu di seluruh dunia dan menjadi sukan terbaharu bagi semua orang untuk mengambil bahagian.
Sukan itu menjadi acara sukan yang menggabungkan kedua-dua permainan golf dan bola sepak dengan peraturan ala golf.
Pemain mengambil giliran untuk menendang bola sepak saiz lima ke dalam cawan atau dikenali sebagai lubang yang berukuran 21 inci dan pemain yang melengkapkan permainan dengan tendangan bola paling sedikit akan diumumkan sebagai pemenang.
Perasmian Klinik Pembangunan Sukan Baharu FootGolf Peringkat Negeri Perlis 2022 telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Nizam bin Mat Daud.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK FAUZI BIN ABDULLAH SALEH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTABDIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 203
