- JBS Perlis
- Hits: 295
YOUTH CAREER (KARNIVAL KERJAYA) SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2022 PERINGKAT NEGERI PERLIS BUKA 1000 LEBIH PELUANG PEKERJAAN
Felda Chuping, 28 Ogos 2022 – Program Youth Career (Karnival Kerjaya) sempena Sambutan Hari Belia Negara 2022 telah diadakan selama dua hari bermula semalam dan berakhir hari ini bertempat di Dewan Besar, Felda Chuping, Perlis. Program ini adalah anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Perlis.
Sebanyak 15 majikan telah turut serta dalam program ini antaranya Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd, Aeon Co.(M) Bhd., Panasonic Automotive Malaysia Sdn Bhd, PMG Venture Capital Sdn Bhd, Mara Liner Sdn Bhd, AIA Public Takaful, Perfect Direction Agency, Husmat Furniture Sdn Bhd, Mokti’s, PIONEER PREMIER SDN BHD (BYREEFA) dan lain-lain lagi. Turut diadakan taklimat Perkongsian Kerjaya, Kemahiran Teknikal, Kemahiran Insaniah dan Bengkel Penyediaan Resume.
Penyerahan Surat Tawaran Pekerjaan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Asmaiza binti Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri , Merangkap ADUN Chuping, Yang Berusaha Dr. Zainah Binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia Dan Sukan Negara. Turut bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Encik Mohd Nizam bin Mat Daud dan Pengarah PERKESO Negeri Perlis, Encik Basharudin Khalid.
Tahniah kepada yang telah mendapat pekerjaan.Semoga peluang ini dapat digunakan sebaik mungkin untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada PERKESO Perlis dalam jalinan kerjasama yang sangat padu untuk menjayakan program ini.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 295

