Kangar, 25 September 2022 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah menerima jemputan untuk menghadiri satu program anjuran Majlis Belia Negeri Perlis (MBN Perlis) iaitu Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) MBN Perlis kali ke-34 bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis (JBSNPs).
Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah JBSNPs, Encik Mohd Nizam bin Mat Daud dan telah dirasmikan oleh YB Senator Tuan Seruandi Bin Saad, Ahli Dewan Negara.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk mengesahkan minit mesyuarat lalu, menyatakan isu-isu berbangkit sekiranya ada dan memberikan usul bagi penambahbaikan dalam pengurusan organisasi MBN Perlis. Pihak jabatan telah diwakili oleh Cik Nur Hidayu Natasya Binti Mohd Zulkrnin sebagai pegawai pemerhati.
DISEDIAKAN OLEH : CIK NUR HIDAYU NATASYA BINTI MOHD ZULKRNIN (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)

- JBS Perlis
- Hits: 224