
Kangar, 6 Januari 2023 – Pasukan SATRIA Rakan Muda Perlis telah digerakkan bagi membantu mangsa banjir di Kelantan selama tiga hari dua malam yang berakhir hari ini.
Majlis pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh YB Tuan Seruandi bin Saad, Ahli Dewan Negara yang turut mengikuti misi bantuan pada kali ini. Misi ini telah diselia oleh
UnitRakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Turut serta dalam misi ini adalah AJK Sukarelawan Majlis Belia Negeri Perlis yang turut disertai oleh Yang Dipertua,
EncikIzan Asmawi bin Habidan.Sasaran lokasi terlibat adalah di Sekolah Kebangsaan Kubang Kuau, Kampung Tok Deh Rantau Panjang. Penyerahan sumbangan telah
diadakan bagi lokasi-lokasi sasaran yang terlibat. Pasukan SATRIA turut beramah mesra dengan penduduk setempat dan memberi kata-kata semangat agar mereka kekal
kuat, positif danbangkit semula selepas daripada ujian yang ditimpa. Pasukan ini juga turut memberi sumbangan kepada Pusat Tahfiz Al-Quran Darul Naim, Pasir Mas
Kelantan dalam misibantuan pada hari terakhir sebelum bertolak pulang.Pihak jabatan merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan dan
kudrat yang diberikan dalam menjayakan misi ini antaranya Jabatan Penyiaran Negeri Perlis, Jabatan Penerangan Negeri Perlis, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan,
IKBN Tanah Merah, Kelantan,Cikgu Mat, Guru Besar SK Kuau, Encik Abu Hassan, Mantan Penghulu dan JPKK Kampung Tok Deh, Ustaz Haris, Tahfiz Al-quran Darul Naim, dan
lain-lain pihak yang turut menjayakan program ini. Tidak lupa ribuan terima kasih diucapkan kepada YB Rozieana Ahmad, Pengerusi Geraknita Alumni 4B Malaysia yang telah
memberikan sumbangan untuk disampaikan kepada lokasi banjir terlibat dalam misi ini.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 178


