
Kangar, 13 April 2023 - KSK JBSN Perlis telah menganjurkan program Tahsin Surah al-Fatihah kepada semua ahli kelab sempenamenyambut bulan Ramadhan al-Mubarak.
Program ini merupakan inisiatif Biro Agama KSK yang baharu iaitu Encik Fauzi Abdullah Saleh sebagai pengisian bermanfaat dan menanamkan sifat cintakan al-Quran.
Program ini dibimbing oleh Ustaz Akmal Shauqi Abdul Manaf yang merupakanImam Masjid Tun Abdul Razak. Beliau yang masih menuntut di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)
telah menerima undangan baik ini dengan hati terbuka serta berjaya menyampaikan ajaran dengan kefahaman yang baik kepada peserta. Program disudahi dengan bacaan doa
oleh Ustaz Akmal Shauqi dan penyampaian cenderahati telah disampaikan oleh Encik Fauzi bin Abdullah Saleh, Penolong Pengarah JBSN Perlis merangkap Biro Agama KSK JBSN
Perlis.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 188







