Kangar, 16 November 2022 - Telah diadakan Bengkel Perancangan Strategik Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis bertempat di Bilik Seminar 1, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis hari ini.
Bengkel ini diadakan bagi mengemukakan idea dan pandangan bagi perkara-perkara seperti perancangan program jabatan yang boleh diketengahkan, program yang perlu digugurkan, isu strategik yang ingin dibangkitkan dan cadangan Key Performance Indicator (KPI) yang relevan.
Bengkel ini melibatkan Pegawai Belia dan Sukan JBSNPs dan input yang dikemukakan ini akan diangkat ke pihak atasan untuk penyelarasan selanjutnya.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Beseri, 13 November 2022 - Telah berlangsung dengan jayanya Program Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Perlis Tahun 2022 selama tiga minggu yang diadakan sebanyak Enam Siri melabuh tirai hari ini.
Program ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Penjara Negeri Perlis, Institut Kemahiran MARA Beseri, Kelab Belia Indera Kangar dan Persatuan Belia Masjid Negeri Perlis. Seramai 10 orang peserta daripada Orang Di Selia (ODS) telah berjaya menamatkan kursus jangka masa pendek ini dengan jayanya. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi peluang kedua kepada belia bekas banduan untuk memperoleh kehidupan lebih baik dan menepis tanggapan negatif masyarakat terhadap golongan ini.
Majlis Pelancaran dan Perasmian Penutupan Program Reben Kuning Peringkat Negeri Perlis 2022 juga telah diadakan bertempat di Dewan Ibn Khaldun, Institut Kemahiran MARA Beseri, Perlis. Gimik Pelancaran telah disempurnakan oleh Encik Fauzi Bin Abdullah Saleh, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis manakala Majlis Penutupan program telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Perlis, Penguasa Penjara Mohd Suhaimi Bin Hassan.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis berharap agar pelaksanaaan program ini dapat membantu para peserta memperoleh pelbagai input berkenaan apa yang dipelajari dan mengaplikasikan dalam kehidupan bagi membantu masyarakat. Selain itu, pihak jabatan juga berharap program ini dapat membantu golongan belia terpinggir seperti mereka untuk terus melangkah tanpa menoleh ke belakang mengenangkan kesilapan masa lalu.
Pihak jabatan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga berjumpa lagi.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK NORMAN BIN AHMAD (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Batu Pahat, 12 November - Kejohanan Golf 1000 Liga Siri 2 diteruskan lagi bagi Negeri Perlis yang diadakan di Kelab Golf Putra Perlis hari ini. Seramai 37 orang peserta menjayakan Kejohanan ini yang terdiri daripada penjawat awam, pesara kerajaan dan swasta
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, En Wan Ahmad Yaziz Bin Wan Din. Tahniah pada para pemenang yang menyertai siri kali ini.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Beseri, 6 November 2022 - Program Reben Kuning 2022 Peringkat Negeri Perlis diteruskan lagi pada hari ini untuk minggu kedua bagi Siri Ketiga dan Keempat bertempat di IKM
Beseri, Perlis. Para peserta didedahkan dengan sesi praktikal untuk Kursus Kemahiran Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara bagi sesi hari ini. Program ini diadakan untuk
memberi peluang kedua kepada golongan terpinggir ini melalui platform kemahiran dan mereka boleh kembali ke pangkuan masyarakat dengan kehidupan yang lebih baik.
Usaha ini selari dengan Dasar Belia Malaysia (DBM) untuk memperkukuh potensi dan menyerlahkan potensi modal insan belia sebagai pemacu pembangunan strategik negara.
Selain itu, projek ini diharap dapat menghapuskan stigma negatif masyarakat terhadap golongan tersebut dan membuka peluang kedua kepada golongan ini.
Rebutlah peluang bagai ia yang terakhir.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK NORMAN BIN AHMAD (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 5 November 2022 - Program 1000 Liga bagi Sukan Petanque Siri 2 Peringkat Negeri Perlis telah diadakan dengan jayanya bertempat di Arena Petanque, Jabatan Belia
dan Sukan Negeri Perlis . Program ini telah dilaksanakan sekali lagi dengan kerjasama Persatuan Petanque Negeri Perlis. Seramai 52 orang peserta telah menyertai program ini di
mana program ini diadakan bagi menyemarakkan pembangunan sukan untuk semua masyarakat terutamanya melibatkan acara sukan individu. Majlis Penyampaian hadiah telah
disampaikan oleh Encik Azmi bin Taib, Naib Pengerusi Persatuan Petanque Negeri Perlis. Bahagian Pembangunan Sukan JBSNPs melalui Cawangan Pembangunan dan
Penggalakan Sukan dan Persatuan Petanque Negeri Perlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang!!!
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK WAN AHMAD YAZIZ BIN WAN DIN (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kangar, 5 November 2022 - Program Fiesta Feminin Aktif KBS 2022 Peringkat Negeri Perlis Tahun 2022 telah diadakan dengan jayanya bertempat di Kompleks Belia dan
Sukan Negeri Perlis. Program ini adalah sebuah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam membudayakan sukan dalam kalangan wanita menerusi pemerkasaan
komuniti.Selain itu objektif pelaksanaanya juga antaranya adalah meluaskan akses kemudahan sukan kepada rakyat dikawasan luar bandar, Projek Perumahan Rakyat dan
kawasan-kawasan tumpuan. Aktiviti yang dilaksanakan adalah Bola Jaring dan Bola Tampar. Program ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan
kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Aura Perlis, Persatuan Bola Jaring Negeri Perlis dan Persatuan Bola Tampar Negeri Perlis. Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan
oleh Puan Isma Baizura binti Ismail, Pengurus KOMBES bagi sukan Bola Jaring manakala bagi sukan Bola Tampar pula disempurnakan oleh Encik Wan Ahmad Yaziz bin Wan
Din, Penolong Pegawai Belia dan Sukan JBSNPs. Kita berjumpa pada acara sukan seterusnya iaitu Aerobithon@Fiesta Feminin minggu hadapan bersama Kelab Sukan
Kecergasan Aura Perlis. Teruslah memartabatkan aktiviti sukan kepada golongan wanita.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK WAN AHMAD YAZIZ BIN WAN DIN (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Langkawi, 5 November 2022 - Kursus Pengurusan Organisasi Siri 2 Peringkat Negeri Perlis telah diadakan dengan jayanya selama tiga dua malam bertempat di Penarak Bamboo
Beach Resort, Langkawi Kedah yang berakhir hari ini. Kursus ini telah dihadiri seramai 50 orang peserta terdiri daripada persatuan-persatuan belia dan Majlis Perwakilan Pelajar
(MPP) IPTA dan IPTS sekitar negeri Perlis.Terdapat 5 modul utama yang telah dipelajari oleh para peserta iaitu modul Penulisan & Dokumentasi, Pelaporan dan Penilaian
Program, Pengurusan Kewangan, Simulasi Mesyuarat dan Maklumat Yang Kena Diberi (MyKD).Majlis penutup kursus ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Hanaffi Bin A. Rahman,
Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Turut hadir, Encik Mohd Ferdaus bin Othman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi
dan Encik Muhammad Fadzil Nor bin Abd Manan wakil daripada Majlis Belia Negeri Perlis.Semoga kursus ini dapat memberi manfaat kepada persatuan belia sama ada yang baru
atau lama untuk memantapkan lagi pengurusan organisasi masing-masing.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN JAMILAH BINTI AMZAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
Kuala Lumpur, 5 November 2022 - Atlet Para Perlis Umi Syuhadah Idris mengekalkan pingat Emas yang dimenanginya pada edisi lalu dengan catatan rejaman sejauh 14.67m bagi kategori F37 sekaligus membawa pulang pingat emas ketujuh buat kontinjen negeri Perlis. Pingat perak pula disandang oleh negeri Pahang yang diwakili Nur Erna Syuhadah dengan rejaman sejauh 13.31m. Manakala gangsa milik atlet dari negeri Perak dengan catatan 9.04m.
Dalam pada itu, seorang lagi atlet Para Perlis Mohamad Erwan membawa pulang pingat Perak keduanya dalam acara 200m Lelaki T37. Bagaimanapun seorang lagi atlet yang berada dalam kategori yang sama iaitu Muhammad Alif Malek terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di tempat keenam. Dalam acara 200m Lelaki T35/T36, Mahfudz Mahzan menamatkan saingan di tempat keempat dengan catatan masa 29.89saat.
Acara terakhir yang dipertandingkan pada hari ini ialah 200m Wanita T46/T47 dimana atlet Para Perlis iaitu Aimy Nirshafiqah Azman menamatkan saingan di tempat ketiga. Walaubagaimanapun pingat gangsa tidak diberikan kerana menggunakan sistem ‘minus one’.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK FAUZI BIN ABDULLAH SALEH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)