- JBS Perlis
- Hits: 174
TAYANGAN SKRIN BESAR SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN AKHIR KEDUA PIALA AFF MITSUBISHI ELECTRIC 2022

Kangar, 11 Januari 2023 – Telah diadakan dengan jayanya satu tayangan LIVE Screen Piala AFF Mitsubishi Engineering: Thailand melawan Malaysia di Dataran Sheik Ahmad,
Kangar, Perlis malam tadi. Program ini dibawakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kangar Perlis Tayangan Skrin Besar ini
dimeriahkan lagi dengan kehadiran YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri bin Ramli. Turut hadir YB. Tuan Muhammad Azmir Azizan, EXCO Belia & Sukan Negeri Perlis,
YB Gan Ay Ling, ADUN Indera Kayangan, YB Tuan Seruandi Saad, Ahli Dewan Negara, Encik Norazlan bin Yahaya,Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Encik Mohd Nizam
binMat Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Encik Anuar bin Abidin, Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis dan Encik Izan Asmawi bin Habidan, Yang Dipertua
Majlis Belia Negeri Perlis.Walaupun malam ini Malaysia tidak berjaya memasuki perlawanan akhir, penonton-penonton tetap bersemangat menunggu sehingga habis
permainan.Turut diadakan sesi cabutan bertuah bagi penonton yang hadir. Terima kasih kepada semua pihak dan penonton yang yang hadir dalam memeriahkan suasana dalam
memberi sorakan semangat kepada pasukan Harimau Malaya kita.
DISEDIAKAN OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 174






