Β Β 
Kangar, 26 Jun 2023 - Program Fit@Community 2023 Siri 10 dan merupakan siri terakhir bagi program ini telah diadakan dengan penuh semangat pada pagi ini bertempat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis. Program
ini dilaksanakan oleh Unit Kecergasan Nasional, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Program ini juga dibantu oleh KBSi Encik Mohd Tajuddin bin Pohot iaitu pegawai
dari jabatan tersebut Seramai 62 orang pegawai dan kakitangan turut terlibat dan di antara pengisian program adalah senamrobik dan berjalan kaki sejauh 2 kilometer mengelilingi sekitar JPJ Jejawi. Antara objektif program
ini adalah memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat di seluruh negeri Perlis untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan. Menyemai budaya gaya
hidup aktif melalui aktiviti kecergasan seperti senamrobik dan berjoging/berlari; Pelaksanaan program Fit@Community juga menjadi sebagai pemangkin dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi semua lapisan
masyarakat untuk kehidupan yang lebih sihat.
DISEDIAKAN OLEH :Β PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALIΒ (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH :Β ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 205

Β Β 

Β Β Β
Β Β Β 
Β Β
Β Β 
Β Β 
Β Β 
Β Β Β
Β Β 
Β Β Β
Β Β Β 