Kangar, 18 Mac 2023 - Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis hari ini telah menerima sumbangan kasih daripada YB Tuan Zakri bin Hassan, Ahli Parlimen Kangar. Sumbangan berupa sejadah
telah diterima oleh Encik Kamarunzaman bin Abd. Hamid, Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan JBSNPs.Turut bersama Encik Mohd Nizam bin Mat Daud, Penasihat Kelab dan Encik Fauzi Abdullah Saleh, Ketua Biro Sosial.
Pihak kelab ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada YB Tuan Zakri bin Hassan di atas sumbangan ini. Sejadah ini adalah untuk kegunaan surau Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 165






