- JBS Perlis
- Hits: 144
MALAYSIA PARAMOTOR CHALLENGE 2023

Kangar Jaya, 11 Mac - Kejohanan Malaysia Paramotor Challenge 2023 telah berlangsung di Kangar Jaya, Seriab, Perlis pada 10 Mac hingga 12 Mac 2023. Seramai 15 peserta telah mengambil tempat bagi kejohanan tersebut
melibatkan seluruh Malaysia. Majlis Perasmian telah disempurnakan dengan Gimik Pelancaran Perasmian Malaysia Paramotor Challenge oleh YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan , Exco Belia dan Sukan Negeri Perlis
bersama-sama Encik Mohd Nizam bin Mat Daud, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan Encik Mohd Nurhaqimi bin Mohd Ismail , Presiden Persekutuan Sukan Udara Malaysia serta ketua-ketua jabatan dan wakil-wakil
agensi. Kejohanan ini bertujuan untuk mendapatkan penaja untuk Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF) untuk menjadikan tuan rumah Cabaran Paramotor Malaysia Pertama. Di samping itu juga MSAF berdedikasi dan
bersemangat untuk membangunkan keseluruhannya industri lapangan terbang untuk menjadikan sukan terkemuka hingga ke luar negara. Dengan keseronokkan tahun-tahun akan datang MSAF akan lebih lagi mengadakan
pertandingan seterusnya pasukan yang bertanding akan mempromosikan jenama dan bersaing untuk ranking terbaik di peringkat dunia. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Datuk Abd. A'zib
Saad, Presiden Persatuan Sukan Udara Negeri Perlis. Tahniah pada para pemenang yang menyertai kejohanan ini dan akan terus memartabatkan lagi sukan udara di Malaysia.
DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA)
DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN (PENTADBIR PORTAL)
- JBS Perlis
- Hits: 144







